CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 119|Reply: 2

[Sarawak] ‘Tersemat’ Di Wang Kertas RM100, ‘Hidden Gem’ Di Sarawak Ini Bagaikan ‘Lost World’ Yang Tak Ramai Tahu

[Copy link]
Post time 27-11-2021 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-11-2021 08:12 AM



Korang mesti ada impian nak keluar bercuti denggan keluarga dan rakan-rakan baik korang kan? Ye lah dah lama sangat tidak bercuti bersama. Apa kata kita rehatkan minda dengan melihat permandangan yang indah dan tak perlu ke luar negara pun.

Percaya atau tak di Sarawak terdapat banyak tempat menarik untuk korang menikmati keindahan alam semulajadi yang luar biasa. Tempatnya adalah di Taman Negara Mulu.

Jadi jom baca info menarik yang dikongsikan oleh  San Yan Mao juga merupakan salah seorang pelancong yang telah merasai sendiri keindahan khazanah semulajadi di Sarawak ini.

“Korang wajib pergi hidden gem di Sarawak ni”
  • Menaiki pesawat MAS Wing dari Miri ke Mulu



Penerbangan ini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Tiba di lapangan terbang, pelancong diminta untuk menyerahkan kad pengenalan kepada pihak bertanggungjawab untuk membantu menaiki pesawat dan memeriksa bagasi. Ia sangat mudah.

  • Tiba di lapangan terbang pada pukul 8.30, waktu penerbangan adalah 10.15 pagi.
Pesawat ini merupakan pesawat khas yang digunakan untuk memasuki kawasan Taman Negara Mulu. Sebelum wabak melanda, setiap pesawat dibenarkan seramai 200 penumpang tetapi sekarang hanya 100 penumpang sahaja dibenarkan.

“Selalunya tak suka berada di tepi tingkap tetapi kali ini teringin duduk di tepi tingkap untuk menikmati keindahan hutan hujan di Sarawak.”


  • Dapat makanan ringan di dalam pesawat
Saya fikir penerbangan yang singkat hanya mendapat segelas air sahaja tetapi sangkaan saya silap, macam-macam yang saya dapat. Malaysia Airlines memang hebat!


  • Tiba di Lapangan Terbang Mulu
Lapangannya sangat kecil dan ringkas. Ruang bagasi dan daftar masuk juga sangat mudah. Apa yang korang kena tahu adalah sehari hanya ada tiga penerbangan sahaja ke sini.


Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.

Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia dan mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai warisan dunia.


  • Jarak Gua Lang dan Gua Rusa hanya 3km
Kami menaiki kereta khas ke hotel, kami makan tengah hari, dan kemudian kami ke Taman Negara Mulu untuk melawat Gua Lang dan Gua Rusa.

Dua gua ini hanya terletak berdekatan, jadi korang perlu berjalan di laluan rata sejauh 3 kilometer. Jangan risau, laluannya tidaklah mencabar.

Hanya perlu lalu denai yang berlumut namun jika hujan atau basah, jalan tersebut mungkin agak licin.


Gua lang tidaklah besar, saya hanya menggunakan telefon sahaja mengambil gambar sebab itu kelihatan tak cantik tetapi bila korang pergi lihat sendiri sangat cantik dan memukau.


Tempat tinggal kelawar, najisnya akan jatuh ke sungai dan berubah menjadi garam. Namun ia menjadi makanan tambahan kepada haiwan lain terutamanya untuk si rusa.


Kelawar keluar dari gua. Satu keajaiban dunia yang korang boleh lihat. Sangat menakjubkan.


Banyak kerusi kayu disediakan untuk pelancong menikmati permandangan dan melihat kelawar keluar dari gua sekitar jam 5.30 petang. Tetapi, jika hujan kelawar ini tidak akan keluar mencari makan.


  • Menaiki bot





Menariknya, Pekan Kecil Mulu ini dikelilingi oleh sungai. Oleh itu, pengangkutan yang sesuai untuk pelancong merasai suasana damai dengan menaiki bot.

Bot ini boleh memuatkan 12 hingga 14 orang namun akibat pandemik ini, hanya dibenarkan 6 ke 7 orang sahaja.
  • Kraftangan orang asli



Untuk ke Taman Negara Mulu ini, pelancong harus melengkapkan dua dos vaksin terlebih dahulu. Memandangkan ada sebilangan orang asli yang masih belum melengkapkan dos vaksin, orang ramai tidak digalakkan untuk ke perkampungan orang asli di Mulu.

Bagaimanapun, kraftangan orang asli ini dijual di Bandar Mulu.
  • Terowong angin



Terowong ini dikenali sebagai terowong angin. Korang boleh merasai sendiri penghawa dingin semulajdi di dalam terowong ini.
  • Gua air jernih



Untuk ke sini, pelancong harus memanjat leih kurang 200 anak tangga sebelum sampai ke pintu gua ini. Walaupun penat namun berbaloi.

Air yang jernih berwarna hijau zamrud ini sangat memukau para pelancong. Airnya mengalir dari 30 gua termasuk gua Qingshui ini.



  • Puncak Gunung Pedang
Gunung Pedang ini merupakan antara gunung tertinggi di dunia. Para pendaki pasti teruja dengan cabaran yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak.  Ia memerlukan kekuatan fizikal yang baik.


Mulu Marriot Resort
Oleh kerana bekalan Mulu tidak mudah dapat termasuklah bekalan elektrik juga terhad, umumnya kabin atau homestay disediakan di situ sangat asas. Jika korang sanggup bayar lebih sikit bole menginap di resort lima bintang, kami amat mengesyorkan Mulu Marriot Resort, yang jarang ditemui di hutan hujan tropika.
Kebetula sekarang ada promosi, penginapan 3 hari 2 malam cuma RM375 seorang termasuk sarapan pagi dan makan malam setiap hari memang berbaloi. Ingin tahu betapa hebatnya Mulu Marriot Resort? Sila lihat gambar!




Kampung Adidas amat disyorkan. Namun korang kena bersiap sedia dengan kelengkapan seperti pakaian sukan, ubat nyamuk, topi, barangan pelindungan cahaya matahari, baju hujan atau payung serta kekuatan fizikal.



Sumber: SanyanMao
https://siakapkeli.my/2021/11/23/tersemat-di-wang-kertas-rm100-hidden-gem-di-sarawak-ini-bagaikan-lost-world-yang-tak-ramai-tahu/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 04:40 PM | Show all posts
cantik...next time p...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 07:38 PM | Show all posts
best tempat2 gini
semoga tkde yg gatal tangan merosakkn mcm gua dekat gunung lang ari tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 69521 Replies : 1933
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 59 Replies : 19
[SBS/Netflix 2021] OUR BELOVED SUMMER - Choi Woo Sik, Kim Da Mi
Rahah[SBS/Netflix 2021] OUR BELOVED SUMMER -
Views : 3550 Replies : 107
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 48359 Replies : 1074
[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
ipes2[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
Views : 45138 Replies : 503
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29736 Replies : 507
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 50280 Replies : 337
Brand New Massage Chair Kerusi Urut Healthcare Zero Gravity Space Capsule
冷寂雨-紫雨Brand New Massage Chair Kerusi Urut Heal
Views : 20871 Replies : 627
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 1285 Replies : 31



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-1-2022 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.093472 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list