CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 0

[Sabah] UMNO Enggan GRS Didaftar?

[Copy link]
Post time 27-11-2021 03:53 PM | Show all posts |Read mode


Apabila GRS menjadi rasmi, semua parti mesti patuh kepada arahan pengerusi gabungan, menurut penganalisis.

KOTA KINABALU: Penganalisis menjangkakan lebih banyak parti komponen yang menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menolak sebarang cubaan untuk mendaftar gabungan itu.

Mereka berkata, Umno umpamanya, tidak mahu terikat dengan sebarang pakatan selain Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya.

“Apabila GRS menjadi rasmi, semua parti mesti patuh kepada arahan pengerusi gabungan,” kata Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM).

“Ini tidak akan memberi kelebihan kepada Umno kerana kuasanya untuk tawar menawar akan hilang. Ia tidak mahu terperangkap seperti itu.

“Tambahan pula, Umno tidak mahu berkompromi mengenai kerusi dengan Bersatu.”

Manakala Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata PBS juga akan kehilangan sesuatu selepas GRS menjadi gabungan rasmi.

“Cabaran utamanya ialah mereka perlu berkompromi dari segi pembahagian kerusi,” katanya kepada FMT.

Parti yang menyertai GRS ialah Umno, PBS, Bersatu, PAS, STAR, SAPP, Gerakan, PBRS, MCA dan MIC. Pengerusi gabungan itu ialah Ketua Menteri Hajiji Noor, yang mengetuai Bersatu Sabah.

“Ya, GRS akan menjadi lebih kuat jika ia menjadi rasmi tetapi yang sebenarnya mendapat manfaat ialah parti baharu dan kecil. Ini kerana mereka merasakan akan mendapat lebih banyak perlindungan terutama dari segi kerusi,” kata Awang Azman kepada FMT.

Jeniri berkata setiap parti komponen akan menuntut lebih banyak kerusi dan GRS perlu menyelesaikan masalah berkenaan sebelum mengambil langkah seterusnya.

Khamis lalu, bekas Ketua Menteri Salleh Said Keruak berkata GRS perlu didaftarkan secara rasmi bagi mengukuhkan kedudukan gabungan politik itu.

Susulan cadangan itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden STAR dan Timbalan Pengerusi GRS, Jeffrey Kitingan, memberi gambaran bahawa bukan semua parti berminat dengan idea berkenaan.

Beliau berkata, partinya sebelum itu telah ditugaskan untuk melakukan pendaftaran dan berusaha ke arah itu sejak tahun lalu namun “menemui jalan buntu”.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin yang diminta mengulas perkara itu berkata, ia perlu dibincangkan di kalangan pemimpin parti dalam GRS terlebih dahulu. – FMT


sabahpost.net/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.363468 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list