CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 0

[Sabah] Selain Jaga Keselamatan, ESScom Tingkat Kemahiran Penduduk Di Kawasan ESSzone

[Copy link]
Post time 27-11-2021 03:50 PM | Show all posts |Read mode


Pembantu Menteri Kewangan negeri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

TAWAU : Selain menjaga keselamatan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) turut melaksanakan program kemahiran dan latihan bagi membantu meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Pembantu Menteri Kewangan negeri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata langkah proaktif ESSCom dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) itu, memberi peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.

“ESSCom dan JPSM memeterai nota kerjasama strategik pada 1 Ogos tahun lepas dan program ini dilaksanakan di 10 daerah dalam ESSZone, misalnya di Tawau program anjuran ESSCom dan JPSM diadakan selama empat hari yang berakhir hari ini.

“Sebanyak enam kursus kemahiran diadakan termasuk gunting rambut, baik pulih telefon, rekaan fesyen pakaian wanita, membuat kek dan roti yang membabitkan 120 peserta dan turut mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Tawau,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Sosioekonomi ESSCom di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata sebelum ini program berkenaan dilaksanakan di Sandakan dan seterusnya akan dianjurkan di Semporna.

Dalam pada itu, beliau memohon masyarakat di ESSZone supaya menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan.

“Maklumkan kepada pihak keselamatan jika mempunyai maklumat berhubung jenayah yang boleh mengancam keselamatan semua pihak,” katanya sambil menambah pada awal penubuhan ESSCom masyarakat berasa ragu dan takut, namun kini persepsi itu telah berubah dan penduduk berasa lebih selamat. – BERNAMA


sabahpost.net/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049358 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list