CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 0

[Sarawak] BN tidak sertai PRN Sarawak

[Copy link]
Post time 27-11-2021 03:40 PM | Show all posts |Read mode


TANJUNG MANIS: Khabar angin yang mendakwa Barisan Nasional (BN) menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah tidak benar kerana perkara itu tidak akan berlaku. Itu tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya beliau berkata, BN akan terus memberi sokongan padu terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menentukan hala tujunya untuk membela nasib rakyat Sarawak.

Malah katanya, BN amat menghargai semangat setia kawan yang wujud di antara kedua -dua parti sejak sekian lama.

“GPS mempunyai formula kepimpinan yang cukup baik, malah sebuah parti yang sangat stabil. Saya ingin menjelaskan, BN adalah rakan akrab GPS, kita kita tidak akan menyaingi menandingi atau tidak akan menyertai pilihan raya negeri Sarawak.

“Lebih jelas lagi tidak akan menyertai pilihan raya kerana kita sudah ada GPS yang kita tahu didokongi kuat oleh rakyat Sarawak.”

Beliau berkata, GPS adalah sebuah kerajaan yang sangat berprestasi tinggi dan tidak ada sebab untuk BN berbuat demikian.

Katanya, keputusan itu mungkin agak aneh kerana inilah pertama kalinya BN tidak menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak sejak merdeka.

Annuar ditemui media selepas menghadiri Program Sepakat Komuniti Pemimpin Bersama Rakyat di Terminal Tanjung Manis, hari ini.

Hadir sama Penyandang Kerusi DUN N.41 Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh.


sarawakvoice.com/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.444404 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list