CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 0

[Borneo] Sarawak-Sabah Link Road bukan projek Janawibawa

[Copy link]
Post time 27-11-2021 03:23 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya (KKR) menjelaskan projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) bukan projek Janawibawa seperti dibangkitkan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman, ketika sesi perbahasan Bajet 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada 25 November lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, KKR memberi penjelasan terperinci pelaksanaan projek berkenaan termasuk dari segi kajian, kos dan penganugerahan kontrak.

"Untuk makluman, kajian projek SSLR dilaksanakan pada tahun 2007 bagi maksud membina jalan alternatif menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara jiran, Brunei Darussalam.

"Projek ini melibatkan jarak melebihi 300km dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM4.5 bilion.

"Mengambil kira kos projek yang tinggi, pembinaan projek ini perlu dilaksanakan secara berperingkat. Untuk itu, fasa pertama projek ini telah diluluskan dari agensi Pusat pada tahun 2019, iaitu dalam Rolling Plan ke-3 RMKe-11, dengan siling peruntukan keseluruhan fasa 1 sebanyak RM1.2 bilion.

"Fasa 1 SSLR melibatkan pembinaan jalan piawaian JKR R3 dari bandar Lawas ke persimpangan Long Lopeng sepanjang 77km. Ia telah diawad secara runding terus kepada Samling Resources Sdn. Bhd. pada bulan September 2021 lalu dengan harga kontrak sebanyak RM1.13 bilion," katanya.

Kenyataan itu menegaskan bahawa projek berkenaan tidak termasuk dalam kategori projek Janawibawa, iaitu Agenda Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera Berwibawa sebagaimana didakwa oleh Ahli Parlimen Sepanggar.

Katanya, keputusan untuk menganugerahkan projek ini secara rundingan terus kepada syarikat berkenaan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada Januari 2020.

Kenyataan itu meyebut keputusan tersebut adalah berdasarkan persetujuan mantan Perdana Menteri ke-7 dan mantan Perdana Menteri ke-8 lanjutan daripada perakuan oleh mantan Menteri Kerja Raya.

Katanya, pemilihan Samling Resources Sdn Bhd, iaitu syarikat subsidiari Kumpulan Samling - telah dibuat oleh kerajaan berasaskan kepada pertimbangan faktor harga yang kompetetif dan pengalaman kerja serta kemudahan urusan logistik yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

Mengenai penglibatan Kimlun Sdn Bhd dalam projek ini, KKR memaklumkan ia merupakan Sub Kontraktor Dinamakan (NSC) yang dilantik oleh kontraktor utama (Samling Resources Sdn Bhd) untuk skop kerja-kerja pembinaan dengan harga sebanyak RM780 juta.

Katanya, harga subkontrak tersebut tidak termasuk kos-kos lain dalam pelaksanaan projek seperti kos pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, kos juru perunding dan lain-lain kos sampingan.


utusanborneo.com.my/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.195720 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list