CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

[Sabah] Pengusaha pelancongan desa mahu SND dilanjutkan

[Copy link]
Post time 27-11-2021 03:10 PM | Show all posts |Read mode


MELAWAT: Joniston (tengah) ketika melawat salah satu destinasi pelancongan luar bandar.

KOTA KINABALU: Masih ramai pengusaha pelancongan luar bandar memerlukan sokongan kewangan daripada kerajaan dalam usaha memperkasakan kemudahan asas masing-masing.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata, para pengusaha ini mahukan peruntukan khas Sabah New Deal (SND) dalam sektor pelancongan dilanjutkan tahun hadapan.

"Bantuan kewangan khas itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 500 pengusaha pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

"Saya yakin kerajaan negeri akan terus memberikan keutamaan kepada pembangunan pelancongan luar bandar pada pembentangan Bajet Negeri 2022 nanti,," katanya dalam satu kenyataan selepas melawat ke daerah Kota Marudu dan Pitas untuk meninjau status penambahbaikan fasiliti di bawah SND, hari ini.

Beliau berharap peruntukan untuk bantuan berkenaan dapat ditambahkan dan dibentangkan pada Bajet Negeri 2022.

Katanya, masih ramai pengusaha pelancongan memerlukan bantuan kewangan dan berharap jumlah peruntukan lebih besar daripada RM10 juta dapat diluluskan.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM10 juta di bawah SND untuk membantu pengusaha pelancongan yang terjejas, dengan setiap penerima diberi RM20,000.

Bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang digunakan untuk kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan kemudahan asas.


utusanborneo.com.my/2021/11/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055369 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list