CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 0

[Terengganu] Royalti minyak: Kerajaan Kelantan perlu telus

[Copy link]
Post time 27-11-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Husam

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan perlu jujur dan berterus terang dengan rakyat berhubung isu penggunaan wang ihsan petroleum yang pernah diterima daripada kerajaan Persekutuan.

Penggerak Kempen Save Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sehingga kini rakyat Kelantan tidak menerima sebarang maklumat mengenai wang bernilai ratusan juta itu dibelanjakan.

Menurutnya, lebih menyedihkan wujud dakwaan mengatakan ada perbelanjaan membeli kereta mewah untuk anggota kerajaan ketika rakyat masih menanti manfaat wang berkenaan.

“Kerajaan Kelantan perlu berani melantik juru audit luar untuk memeriksa akaun wang berkenaan dan kemudian membentangkannya kepada rakyat Kelantan jika ia mengamalkan ketelusan dan jujur kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Menurutnya, badan bukan kerajaan (NGO) Royalti yang memperjuangkan isu itu juga wajar mendesak kerajaan negeri mendedahkan kepada rakyat semua perbelanjaan wang ihsan itu.

Katanya, Royalti juga sepatutnya terlebih dahulu mendesak anggota kabinet daripada Pas memainkan peranan mereka dengan bersungguh-sungguh ketika ada peluang.

“Kerajaan Kelantan perlu mengambil kesempatan dari kedudukan yang ada untuk mengemaskan lagi tuntutan royalti itu. Ini termasuk, berunding dengan kerajaan Pas Terengganu untuk menentukan sempadan laut antara Kelantan dan Terengganu dan kemudian menggazetkannya.

“Kedudukan sempadan laut ini perlu untuk menentukan kejayaan sebahagian tuntutan Kelantan. Tuntutan royalti petroleum di era Pas menjadi sebahagian kerajaan pusat boleh dijayakan melalui kuasa tawar-menawar antara menteri kabinet Pas dan Petronas serta Perdana Menteri. Malangnya, hal ini tidak berlaku,” katanya.

Bekas pemimpin Amanah itu juga memberitahu, kerajaan negeri juga tidak boleh ‘lupa’ kepada pihak lain yang turut membantu memperjuangkan royalti berkenaan termasuk pemilik bot kerana meminjamkan bot mereka untuk meninjau pelantar minyak di perairan Kelantan.

“Kejayaan mendapat ratusan juta wang petroleum sekali pun atas nama wang ihsan harus disyukuri. Antaranya dengan meraikan mereka dan memberikan tanda peringatan sebagai satu cara penghargaan,” katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... elantan-perlu-telus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056782 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list