CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 176|Reply: 0

[Pulau Pinang] 3 lelaki ditahan bersama dadah RM134,800

[Copy link]
Post time 27-11-2021 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 27-11-2021 02:09 PM

3 lelaki ditahan bersama dadah RM134,800

BERNAMA



MUSTAFA Kamal Gani (kiri) menunjukkan dadah jenis heroin base, heroin dan syabu yang dirampas bernilai RM134,800 dalam tiga serbuan di kawasan Seberang Perai Tengah pada sidang media di IPK Pulau Pinang. FOTO BERNAMA


Georgetown: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki dan merampas heroin serta syabu bernilai RM134,800 dalam tiga serbuan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) dekat sini, pada Isnin lalu.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan sejak seminggu lalu, polis menyerbu sebuah rumah di Permatang Pauh, SPT dan menahan dua lelaki di situ.



"Dalam serbuan itu, polis merampas 10 paket heroin seberat 171.35 gram (g) bernilai RM2,296, syabu seberat 13.25g (RM1,325) dan sembilan biji pil Eramin 5 (RM135), sebelum kami menahan seorang lagi lelaki di tepi jalan di Bukit Tengah bersama heroin seberat 457g bernilai RM6,124.



"Susulan penahanan tiga suspek itu, polis menyerbu sebuah pangsapuri di Bukit Mertajam dan merampas 4,125g dadah bernilai RM55,275 dan dua ketulan mampat heroin base seberat 750g bernilai RM69,645.



"Kesemua dadah dirampas bernilai RM134,800," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.



Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket itu mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka sebelum membungkusnya dalam kuantiti kecil dan mengedarkannya untuk pasaran di sekitar tanah besar Pulau Pinang sejak Jun tahun ini.



Mustafa Kamal berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi rangkaian sindiket pengedaran dadah itu, yang dipercayai masih berada di sekitar negeri itu.



Katanya, ujian saringan awal air kencing ke atas tiga lelaki yang seorang daripadanya bekerja sebagai pemandu lori dan dua lagi penganggur itu didapati positif, dengan seorang suspek mempunyai 18 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.



"Dalam siri serbuan itu, polis turut menyita barang kemas iaitu dua utas rantai leher dan dua bentuk cincin serta seutas gelang tangan yang kesemuanya bernilai kira-kira RM12,500 daripada mereka," katanya.



Beliau berkata, semua dadah dirampas itu boleh digunakan oleh 68,842 penagih dan tiga lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: November 27, 2021 @ 1:58pm

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.186973 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list