CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 215|Reply: 1

[Kedah] KPDNHEP Kedah periksa 342 pasar awam

[Copy link]
Post time 27-11-2021 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 27-11-2021 12:23 PM

KPDNHEP Kedah periksa 342 pasar awam

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PEGAWAI KPDNHEP Kedah melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga sayur di sekitar pasar di negeri ini. FOTO IHSAN KPDNHEP


Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah sudah melakukan 342 pemeriksaan di semua pasar awam utama di negeri ini sejak 1 November lalu untuk memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan yang mendadak.



Pengarahnya, Rae Morn Verak dalam kenyataannya berkata, pihaknya memandang serius isu kenaikan harga barangan termasuk sayur-sayuran dan barangan mentah sejak akhir-akhir ini.



Beliau berkata, kenaikan harga barangan seperti ayam dan sayur-sayuran berpunca dari peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun adalah antara punca yang menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran.



"Sebahagian besar kos operasinya membabitkan kos makanan dengan hampir 100 peratus diimport dari negara asing seperti jagung dan soya.



"Sehubungan itu, pihak KPDNHEP Kedah menggerakkan seramai 172 orang pegawai penguat kuasa dan 51 orang pegawai pemantau harga (PPH) di seluruh negeri ini bagi memantau serta menangani isu kenaikan harga barangan yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Rae Morn Verak berkata, bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan, terutama, penduduk luar bandar dan pendalaman, pihak KPDNHEP melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program penyeragaman harga dan program pengedaran barangan perlu seperti beras, minyak masak, gula, diesel petrol Ron 95 dan gas memasak LPG.



Beliau berkata, susulan daripada isu kenaikan harga barangan, pihak KPDNHEPnya turut menjalankan pemeriksaan berterusan di pasar awam dan pasar raya untuk memastikan peniaga tidak menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi.



Katanya, harga di pasar raya juga didapati berlaku peningkatan dan penurunan setiap hari namun tidak membabitkan semua jenis barangan.



"Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga serta mengambil keuntungan secara berlebihan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.



"Mereka boleh dikenakan tindakan penalti bagi kesalahan mencatut iaitu Seksyen 14 (1) boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun untuk individu manakala kesalahan kali kedua denda tidak melebihi RM250,000 atau tidak melebihi lima tahun penjara.



"Bagi syarikat atau perbadanan pula denda tidak melebihi RM500,000 manakala kesalahan kali kedua denda tidak melebihi RM1 juta," katanya.



Menurutnya, sepanjang tahun ini, KPDNHEP Kedah menjalankan pemeriksaan premis sebanyak 69,166 buah premis bagi seluruh negeri Kedah dan menghasilkan sejumlah 924 tindakan kes yang membabitkan pelbagai akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP dengan nilai rampasan sebanyak RM607,051.75 manakala nilai kompaun sebanyak RM152,600.



Beliau berkata, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat perbandingan harga barangan keperluan di hujung jari dengan memuat turun aplikasi Price Catcher yang dibangunkan menggunakan platform Android dan iOS bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup.



"Aplikasi ini memaparkan maklumat harga lebih 400 barangan keperluan pengguna seluruh negara secara harian, mingguan dan bulanan.



"Melalui aplikasi ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan kos untuk membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan di sesuatu kawasan," katanya.



Rae Morn berkata, melalui aplikasi ini juga, pengguna dapat merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan dan dapat mengoptimumkan perbelanjaan.

Disiarkan pada: November 27, 2021 @ 11:34am


sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 04:49 PM | Show all posts
ko p lh cari pemborong...dorang main harga...bebai sggh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.081702 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list