CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
1234Next
Return to list New
View: 1739|Reply: 63

[Tempatan] Kerajaan wujud kuota Bumiputera di premis pusat membeli-belah

  [Copy link]
Post time 27-11-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Setelah sekian lama menghadapi pelbagai kekangan, usahawan Bumiputera kini terbela dalam meraih peluang berniaga di pusat-pusat membeli-belah dan lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara.

Komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mewujudkan kuota premis perniagaan untuk usahawan Bumiputera di pusat membeli-belah membuka lembaran baharu bagi menjamin masa depan mereka.


Ilham Ismail itu berpotensi mengangkat peniaga Bumiputera ke tahap keusahawanan lebih tinggi bagi membuka ruang bersaing dengan komuniti perniagaan lain.

Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita Malaysia (Wena), menyifatkan cadangan perdana menteri itu yang mensasarkan pusat membeli belah milik syarikat kaitan kerajaan (GLC) sebagai amat mengujakan.

Pengerusinya, Nuraizah Shamsul Baharin yakin program yang bakal dilaksanakan itu akan diiringi dengan pelan tindakan jitu bagi memastikan peniaga Bumiputera mempunyai ketahanan dan keupayaan bersaing dengan peniaga lain di pusat membeli belah berkenaan.



“Apa yang mungkin kita (usahawan) boleh buat adalah masuk (pusat membeli belah) secara konsortium,” katanya kepada FMT.

Ramai usahawan Bumiputera memiliki produk baik dan mampu berjaya jika diberi peluang.

Beliau berkata pendekatan konsortium boleh meringankan kos perniagaan seperti sewa dan sekaligus membuka lebih banyak peluang perniagaan untuk usahawan.

Cadangan perdana menteri yang diumumkan pada 18 Nov lalu selepas mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) akan meneliti kemungkinan pusat membeli belah dimiliki GLC diuruskan syarikat tempatan.

Ini akan memudahkan usaha membantu usahawan Bumiputera membuka perniagaan berdaya saing di lokasi-lokasi strategik.

Maznah Ariffin yang mengendalikan program latihan Institut Keusahawanan Negara (Insken) berkata peluang berniaga di pusat membeli belah terkemuka adalah impian semua usahawan Bumiputera.

Namun mereka dikekang sewa tinggi yang secara langsung turut memberi kesan kepada keupayaan bersaing dengan peniaga lain.

FMT dimaklumkan sewa ruang berniaga di medan makan pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur boleh mencecah antara RM30,000 hingga RM50,000 sebulan.

Maznah berkata kesediaan kerajaan membantu meringankan beban sewa di premis berkenaan akan banyak membantu peniaga Bumiputera.

“Tak ada sebab kenapa mereka tak boleh bersaing sebab kerajaan sekarang banyak beri bantuan. Usahawan Bumiputera pun memang ada yang boleh bersaing dari segi jenama, pembungkusan,” kata beliau.

“Dengan peluang terbaharu ini (yang diumumkan oleh perdana menteri), mereka boleh bersaing dengan peniaga lain di pusat membeli belah popular,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Nadzim Johan, berkata usaha kerajaan merintis jalan untuk usahawan Bumiputera berniaga di pusat membeli belah perniagaan premium amat dinantikan.


Beliau berkata, pada masa sama, kerajaan perlu memperkasakan segmen pembeli dan pengguna Bumiputera untuk menjamin kelangsungan peniaga Bumiputera.

“Kita kena belajar dengan kaum Cina dan India, mereka sokong komuniti mereka habis-habisan. Tak ada jalan lain.

“Kita kena kaji balik perkara asas. Pupuk orang kita sokong usahawan kita walaupun ia makan masa bertahun-tahun,” katanya.

Presiden Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan & Profesyen Malaysia (Peniagawati), Azlin Ahmad Shahrbi, berkata ramai usahawan Bumiputera memiliki produk baik dan mampu berjaya jika diberi peluang berniaga di pusat membeli belah terkemuka.

“Produk seperti Telekung Siti Khadijah antara bukti Bumiputera memiliki produk yang baik dan boleh dibawa masuk ke pusat beli belah premium.

“Jika dapat peluang daripada kerajaan, jenama ini akan pergi lebih jauh dan akhirnya akan memberi manfaat ekonomi kepada negara,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
People go for products tak tanya pun siapa tokey kedai. Dah dapat kuota tu sila bukti kan kemampuan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:29 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 27-11-2021 09:30 AM

well, kat KLCC nampak dah gerai bumi kat  level food court yg ? 2nd ke 3d floor tu - yg dah diubah suai tu - dekat Baskin-Robbins tu...i think sesuai benar syarikat seperti Siti Khadijah diberi peluang.

RotiBoy KLCC tu pun masih ade ke ?

Cuma dalam hal pemerkasaan bumiputera dalam penyediaan platform pemasaran produk IKS
SAYA PUJI USAHA PETRONAS

satu ketika kita nampak peniaga barangan makanan jajan ni circa 2003 - 2006 kat KLCC tak lah laku mana pun,  then ada issues yg melibatkan managemnet KLCC yg dikatakan tak bagi tempat lah etc, tapi daripada satu segi , yg i nampak dalam aspek pemasaran barangan industri makann IKS? ke industri kecil ke - i rasa stesen minyak lain patut juga guna konsep ini - petronas dalam sten minyak depa mostly i could say  ade barangan makanan industri kecil hasil produk usahawan bumipuera macam rempeyek , cakar ayam, kerepek pisang etc.

teruskan pendekatan ini sebab i lihat lebih praktikal and accesible and good market share.

i hope PETRON pun boleh adopt pendekatan yg sama  juga barangkali di samping ye lah jajan lain macam yg biasa kita makan tu.


so i rasa i puji usaha ni cuma usahawab bumi perli dibantu dalam aspek pemasaran produk and kualiti.


i bukan ape kekadang i jengkel juga bila lihat attitude - ni just usahawan satay lah org 'kita'
ade kedai and kedai boleh tutup > 2 bulan ke sebulan sebab  nak jaga anak dalam pantang - contohnya

i mean benda ni berlaku , maka customer yg biasa ke gerai tu ap ajadi ?

u see aa, i tak rasa kaum bukan bumi ade attitude macam ni kan?

ambik mudah.

lagi satu aspek kualiti - tengok depa jual nasi lemak oun dah tahu ...beli sekali je tengok and then no more next time lah melihatkan kualiti makanan.


i rasa kalau ade syarikat at par macam SK ni , okay je diberi peluang.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat Klcc memang ada janji boleh bayar sewa.  Cuma, klcc mall management will decide which kedai you will get sebab derang ada macam system showcase juga.  Ingat tak kes kedai british india dulu yg viral lawan klcc mgmt?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 27-11-2021 09:29 AM
well, kat KLCC nampak dah gerai bumi kat  level food court yg ? 2nd ke 3d floor tu - yg dah diubah s ...

Pasal attitude ni memang kerap juga jumpa yang macam contoh kedai satay ni. Kejap2 tutup sebab staf cuti atau buka tak ikut regular time sebab ada hal dsb. Tiap2 minggu ada saja. So macamana customer nak plan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih PM keluarga Malaysia pengasas Low Yat 2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:34 AM | Show all posts
Baguslah ada sesetengah mall tu nampak sangat tak ada kedai bumiputra malah kedai makan halal pun dah makin berkurangan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Berpuluh tahun UMNGOK memerintah masih nak berkuota? Dasar gagal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 27-11-2021 09:29 AM
well, kat KLCC nampak dah gerai bumi kat  level food court yg ? 2nd ke 3d floor tu - yg dah diubah s ...


Bermacam agensi kerajaan ada dengan bajet beratus juta setahun nak majukan IKS Bumiputera tetap lah hauk gagal total... Dasar gagal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa plot twist nye?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak lah kedai2 baju mcm kat aeon.. sakit mata tengok bajet nak renovate pun takde.. i percaya bukan status bumiputera yg menarik pelanggan tp kualiti produk yg ditawarkan..

Contoh la cucur di klcc tu masih tahan bertahun2 walaupun bukan laluan utama yg nak ke lrt..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:26 PM | Show all posts
ko bagi lah lot kedai kat bumiputera, nanti dia pegi sewakan kat bangla/rohingya/cina. tuan kedai lak passive income le konon bulan2 kutip sewa. takpun dia pacak kanopi depan lot kedai. baru lah pprt
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa kuota bangsa subsidi bangsa tongkat
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 27-11-2021 01:52 PM
Berpuluh tahun UMNGOK memerintah masih nak berkuota? Dasar gagal...

Wajib ....sebab kalau compete on level playing field with others (non bumis),memang bungkus jawabnya...

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-11-2021 02:34 PM
Bangsa kuota bangsa subsidi bangsa tongkat


Bangsa apo itewww? Anak jiran aku yg 3 tahun tanya


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-11-2021 09:25 AM
People go for products tak tanya pun siapa tokey kedai. Dah dapat kuota tu sila bukti kan kemampuan.

Betul.. nanti dah dapat kedai tapi service cam ta*k tak guna juga. Tak dilupakan product tah pape harga yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 03:38 PM | Show all posts
Kedau telekung bukti melayu pandai meniaga? takde punch line lain ka dek nak buat lawak pun

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat Mara Digital yg failed tu, mail sabri jugak yg mengasaskannye, rupenye projek kroni, peniaga kne amik brg dr satu supplier je. Yg ni pun bkl same ade mee disebalik udang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 04:10 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-11-2021 12:12 AM

Ada kekurangannya kedai melayu vs kedai cina, kedai melayu PR tiada, body language tiada bila bercakap muka perpaling ke arah lain ataupun tiada eye contact.

Customer rasa kurang confidence dan Selesa disebab kekurang di atas tu vs kedai Chinese.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 04:25 PM | Show all posts
kalo mampu bayar sewa ... and kenalah pandai bersaing dgn bangsa lain ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-1-2022 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.088966 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list