CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 1944|Reply: 21

[Tempatan] Wanita terkejut Parking kereta rm1054,semahal siakap dan sotong

  [Copy link]
Post time 27-11-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 27-11-2021 12:30 AM

Ingatkan siakap, sotong dan sayur sahaja mahal (video)

Tular sebuah video di dalam media sosial berkenaan seorang wanita yang terkejut apabila melihat tiket ‘parking’ keretanya dipercayai di sebuah pusat membeli belah telah mencecah sehingga ribuan ringgit.

Melalui perkongsian video oleh @airaazmi20 di laman aplikasi TikTok, wanita itu memasukkan tiket parkir tersebut di mesin pembayaran tiket dan harga yang perlu dibayar ialah sebanyak RM 1054.

Berdasarkan video berdurasi 13 saat itu, difahamkan wanita berkenaan sebenarnya telah tersimpan tiket itu selama sebulan selepas palang parkir di pusat membeli belah itu tidak berfungsi dahulu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan orang ramai masih mempersoalkan bagaimana kereta wanita itu boleh keluar dari kawasan tersebut walaupun sudah dijelaskan.

“Dulu kad pernah hilang, adik jadi mangsa jalan kaki pergi ambil tiket baru, tetiba percuma sebab tak sampai satu jam walhal dah berjam-jam dalam ‘mall’,” kata @badariah Isa.

“Otak saya tak boleh fikir, macam mana kereta dia boleh keluar dari tempat itu dah dekat tiga jam saya tengok video ini,” ujar @Cenonetecah.

“Ingatkan harga Siakap sahaja mahal, ini harga parking pun sama-sama naik,” @siti Khatijah.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 565,400 tontonan dan 23,400 tontonan di dalam TikTok. K Online

https://t.tiktok.com/i18n/share/video/7031509425655450907/?region=MY&mid=7031509427068963610&u_code=0&preview_pb=0&language=en&_d=dlk31711966236&share_item_id=7031509425655450907&source=h5_t&timestamp=1637943733&utm_source=copy&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&share_iid=7034263696739239706&share_link_id=75af7595-0548-4e14-853b-166bc51d7000&share_app_id=1180



https://www.kosmo.com.my/2021/11/26/ingatkan-siakap-sotong-dan-sayur-sahaja-mahal/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Parking kereta rm1054,semahal siakap dan sotong

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ko gatal2 g guna kad yg dah sebulan sapa suruh?demi content tiktok?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 27-11-2021 01:01 AM
Yg ko gatal2 g guna kad yg dah sebulan sapa suruh?demi content tiktok?

Mestila nak viral.. oku pun boleh sampai maut semua sakan dok record viral dulu. Lain-lain belakang kira.. keep it to yourself aje tak boleh ke dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 07:11 AM | Show all posts
“Dulu kad pernah hilang, adik jadi mangsa jalan kaki pergi ambil tiket baru, tetiba percuma sebab tak sampai satu jam walhal dah berjam-jam dalam ‘mall’,” kata @badariah Isa.


Terang-terangan mencuri, dengan bangga (bangang) cerita kat orang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan tu viral Kita yg terkejut level 'bijaksana' nya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Palang x blh bukak? Bukan ke pak gad blh bukak manualy, jadahnya simpan keta dlm mall lama2....abistu ko balik umah naik grab ke jln kaki?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasaraya mana tu? Klo aku amik tindakan sbb dikira menipu la kan. Ko hilangkan tiket, pastu ko amik tiket bru jd free...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 27-11-2021 08:20 AM
Palang x blh bukak? Bukan ke pak gad blh bukak manualy, jadahnya simpan keta dlm mall lama2....abist ...


Content la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 27-11-2021 08:31 AM

Betul ke adik dia boleh ambil ticket without having a car at the gate barrier?  Parking system yg barrier ni pun ada weight sensor and cctv juga.  Orang parking dlm office tu nampak je apa adik dia buat mesti dah kena panggil. Budak ni Cerita mcm kita bodoh.

Cerita pasal 15mins free ni, dulu2 ramai drivers short cut through klcc parking ambil tix and keluar within 15 mins tu sebab nak beat traffice kat jln ampang (i was one of them too).  Lepas tu bila klcc parking mgmt realised what people have been doing terus kena sekat.  Kena stop park and bayar juga at the end.  Sempat la i buat for a few weeks juga
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:07 AM | Show all posts
elnor_81 replied at 27-11-2021 08:28 AM
Pasaraya mana tu? Klo aku amik tindakan sbb dikira menipu la kan. Ko hilangkan tiket, pastu ko amik  ...

Kalau dilihat pada mesinnya tu macam di Aeon je sebab ada member card tertera disitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 27-11-2021 02:25 AM
Mestila nak viral.. oku pun boleh sampai maut semua sakan dok record viral dulu. Lain-lain belakan ...

Masyarakat skrg ni dah makin sakit.
Makin maju teknologi,makin hilang semua sifat kemanusiaan,sifat malu dlm diri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 01:09 PM | Show all posts
difahamkan wanita berkenaan sebenarnya telah tersimpan tiket itu selama sebulan


Demi content. dah ko simpan tiket sebulan sajer gedik pergi scan ko nak bayar ka dek? Kenapa tak tunggu je cukup setahun lepas tu acah terkejut harga parking boleh buat bayar downpayment.



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mana boleh ambik tiket baru kt palang kalau takde kereta.. mmg ada sensor/weigh balance kt situ kan..melainkn lah dia pi minta tiket baru kt kaunter tiket guard house. tu pun selalunya kene denda maximum rate sehari parking.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_sssara replied at 27-11-2021 06:11 AM
Terang-terangan mencuri, dengan bangga (bangang) cerita kat orang

Cam x logik.. sebab palang tu ada sensor.. kalau setakat press button ticket tp sensor x detect rasanya palang x buka..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 27-11-2021 08:28 AM
Pasaraya mana tu? Klo aku amik tindakan sbb dikira menipu la kan. Ko hilangkan tiket, pastu ko amik  ...

Macam mana boleh dapat free? Kan dia hilangkan kad. Sepatutnya kena denda la kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 27-11-2021 02:03 PM
mana boleh ambik tiket baru kt palang kalau takde kereta.. mmg ada sensor/weigh balance kt situ kan. ...

Kan. Aku tak faham kes ni. Ke dia cube twist cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-11-2021 01:09 PM
Demi content. dah ko simpan tiket sebulan sajer gedik pergi scan ko nak bayar ka dek? Kenapa tak t ...

Oh. Kad yang konon2 hilang tu sebenarnya tersimpan sebulan la ek..
Dak yang tak faham tu cmne boleh dapat kad free tanpa denda apa2
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 03:09 PM | Show all posts
acik ni merapu ke atau aku yang tak faham..

kejap kata tiket tak guna sebab palang tak berfungsi, kejap kata tiket hilang...?
pehtu jalan kaki ambil tiket baru? dia ingat kita bodoh macam dia ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 27-11-2021 02:14 PM
Macam mana boleh dapat free? Kan dia hilangkan kad. Sepatutnya kena denda la kan

Kan...dh terang2 ad term kan..tu aku ckp..content semata2 ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.459246 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list