CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2603|Reply: 1

Hantu kepercayaan Cina yang hidup semula

[Copy link]
Post time 26-11-2021 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Hantu kepercayaan Cina yang hidup semula


Kalau bagi masyarakt Melayu, hantu yang mati hidup balik adalah Pocong tapi kalau bagi masyarakat Cina, ia adalah Jiang Shi.

Jiang Shi adalah hantu kepercayaan kaum Cina. Secara literal, jiang shi membawa maksud ‘mayat kaku’ tetapi jiang shi lebih dikenali ramai sebagai hantu atau zombi melompat Cina.

Tangan kedepan dan melompat, berubah jadi serigala
Kalau pocong dibalut dengan kain putih atau kain kafan, jiang shi pula dikenal pasti melalui pakaiannya iaitu uniform rasmi dinasti Qing.

Ciri-ciri jiang shi yang paling ketara adalah melompat dengan kedua-dua tangan kedepan. Kebiasaanya, jiang shi digambarkan mempunyai kulit putih pucat dan lumut pada kulit mereka. Ada juga yang kata jiang shi ni mempunyai lidah yang sangat panjang dan kuku hitam yang tajam.

Dalam versi yang lain, jiang shi juga dikatakan boleh menjadi lebih kuat sehingga mereka mempunyai keupayaan untuk terbang dan berubah menjadi serigala.

Kematiaan yang tragis
Katanya ada macam-macam perkara yang boleh membuatkan mayat bertukar menjadi jiang shi.

Berdasarkan salah satu mitos, jiang shi ni terjadi apabila seseorang mengalami kematian yang tragis seperti bunuh diri, gantung diri atau lemas. Kematian sebegitu dikatakan membuatkan roh tidak boleh meninggalkan badan dan kemudiannya, mayat dihidupkan semula sebagai jiang shi.

Dalam kepercayaan lain, mayat dikatakan menjadi jiang shi apabila tidak dikebumikan secara sempurna. Katakanlah kalau pengebumian ditunda selepas kematian, badan yang tidak bernyawa itu akan menjadi tidak tenang dan akan mengacau kehidupan manusia.

Versi lain yang membuatkan mayat menjadi jiang shi adalah apabila mayat tidak mereput selepas pengebumian, mayat yang disambar petir atau mayat yang kena lompat dengan haiwan (terutama kucing).

Pemandu mayat
Tersebarnya kisah jiang shi ini adalah pada zaman dinasti Qing. Pada ketika itu, mereka percaya bahawa mereka yang meninggal dunia perlu dikebumikan di kampung halaman mereka kerana nak elak roh daripada kena homesick.

Jadi pekerja-pekerja Cina yang meninggal dunia jauh daripada kampung halaman, akan dibawa balik oleh ‘pemandu mayat’ (corpse drivers) yang mana tugas khususnya adalah untuk membawa mayat pulang ke tempat asal.

Pemandu mayat ni akan membawa keranda-keranda dengan menggunakan batang buluh yang kemudiannya diletakkan di atas bahu dua orang lelaki. Jika lihat daripada jarak jauh, memang orang akan takut sebab nampak macam keranda-keranda tu bergerak sendiri.

Ada yang kata pemandu mayat ni gunakan sihir untuk hidupkan semula mayat dan di bawah penyeliaan pemandu mayat, badan tak bernyawa tu akan melompat pulang ke tempat asal masing-masing.

Perjalanan membawa mayat ni dibuat pada waktu malam sebab waktu tu tak ramai orang keluar. Katanya kalau orang hidup terserempak dengan orang mati, akan membawa kepada nasib malang.

Cermin, pulut nasi
Selalunya jiang shi akan keluar pada waktu malam dan untuk menjadi lebih kuat, jiang shi akan mengambil aliran tenaga (qi) mangsa yang hidup.

Jadi, untuk mengelak daripada menjadi mangsa jiang shi, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. Antaranya adalah dengan menggunakan darah anjing hitam, cermin, pulut nasi dan telur ayam.

Ada juga yang meletak jampi Taoism di dahi jiang shi yang katanya boleh menghalang mereka daripada bergerak selagi jampi tu masih melekat.

Kalau tengok filem-filem China dan Hong Kong zaman dulu, biasa nampak jiang shi ni. Rasanya tak terserempak dah kot jiang shi zaman-zaman sekarang sebab dah ada van nak transport keranda.

Tapi tu lah, kalau terserempak tu….tak tahu lah nak kata nasib baik ke nasib malang.

Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/h ... -yang-hidup-semula/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 03:02 PM | Show all posts
Game lawan Jiang Shi pun ada
https://www.youtube.com/watch?v=BzalCoLHbz4
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053615 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list