CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 1

Wanita sukar berdikari pada usia warga emas berbanding lelaki

[Copy link]
Post time 26-11-2021 09:51 PM | Show all posts |Read mode

Golongan wanita dilaporkan mengalami kesukaran berdikari pada usia tua berbanding lelaki. – Shutterstock / Yuganov Konstatin

Wanita sukar berdikari pada usia warga emas berbanding lelaki

LONDON – Satu kajian dilaporkan mendapati wanita mengalami masalah untuk melakukan tugas fizikal asas termasuk penjagaan diri  berbanding lelaki ketika usia tua disebabkan beban melakukan kerja rumah ketika mereka muda, lapor laman berita Mail Online.

Data yang diambil daripada lebih 60,000 responden itu membayangkan bahawa perkara tersebut berlaku kerana ‘kelemahan sosio-ekonomi’ yang dialami wanita pada abad ke-20.

Penyelidik berkenaan menyatakan, semua responden kajian itu dilahirkan sebelum 1960 dan tidak bekerja atau mendapat pendidikan tinggi. Kebanyakan mereka melakukan kerja rumah sebagai suri rumahtangga.

Kajian oleh Kolej Universiti London itu menunjukkan bahawa bebas tugasan fizikal tersebut ‘boleh mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan dan mengurangkan keupayaan untuk hidup berdikari pada usia tua’.

Penulis utama kajian berkenaan, Mikaela Bloomberg berkata, jurang antara lelaki dan wanita dalam melaksanakan tugas harian telah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

‘’Ini boleh dijelaskan oleh fakta bahawa wanita kini  mempunyai akses yang lebih baik kepada pendidikan dan lebih berkemungkinan untuk memasuki sektor pekerjaan berbanding generasi sebelum ini,’’ katanya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... -berbanding-lelaki/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 05:29 AM | Show all posts
We all struggle at some point.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.421223 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list