CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4718|Reply: 61

[Tempatan] Polis cari penyebar gambar kejadian bunuh di Flat Ashby

  [Copy link]
Post time 26-11-2021 09:39 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar gambar tular di media sosial yang mendakwa polis tidak mengambil tindakan meleraikan pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki terbunuh di Flat Jalan Ashby di Ipoh semalam.-Foto MEDIA SOSIAL
Polis cari penyebar gambar kejadian bunuh di Flat Ashby

IPOH – Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebar gambar kejadian seorang lelaki mati dalam pergaduhan di pasar pagi dekat Flat Jalan Ashby di sini semalam.

Gambar kejadian yang memperlihatkan polis seolah-olah tidak mengambil tindakan meleraikan pergaduhan itu mendapat pelbagai respon negatif warga maya.

Rata-rata mereka mengecam tindakan polis yang kononnya tidak berusaha menghentikan perbuatan suspek yang sedang memaut leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan telah dibuat oleh pegawai polis terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, siasatan dan pengesanan individu-individu yang merakam gambar kejadian sedang dijalankan.

“Bertindak atas maklumat awam, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan sekali gus membuat tangkapan terhadap semua suspek.

“Bagaimana pun, gambar yang tular di media sosial seolah-olah pihak polis tidak meleraikan pergaduhan itu.

“Tindakan pemilik akaun media sosial berkenaan dengan memberi kenyataan berunsur negatif tanpa mengetahui fakta sebenar adalah tidak bertanggungjawab dan dikesali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Yahaya, orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat tidak benar dan membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Tegas beliau, perbuatan menyebarkan kenyataan tidak benar dan tohmahan lalu tular di media sosial hingga menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dikhuatiri menjejaskan reputasi dan kredibiliti polis.

“Polis ingin menegaskan, undang-undang sentiasa dikuatkuasakan dengan adil dan profesional khususnya dalam mengendali situasi kecemasan yang melibatkan nyawa.

“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... unuh-di-flat-ashby/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu..apa citer sebenar?? Adakah mangsa dah meninggal ketika pulis sampai?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 26-11-2021 09:50 PM
Abis tu..apa citer sebenar?? Adakah mangsa dah meninggal ketika pulis sampai?

Nak tau jugak kisah sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 09:56 PM | Show all posts
owh mmg dah tangkap laa.ingatkan tak tangkap lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 26-11-2021 09:56 PM
owh mmg dah tangkap laa.ingatkan tak tangkap lagi

Dah tangkap..cuma pidiarem marah sebab tular gambar mangsa terbunuh disaksikan pulis..seolah2 pulis takde tanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
orang dah mati kat depan mata pon ko sempat lek2 pekena rokok sebatang hah babi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 26-11-2021 10:58 PM

Honestly p*l** per*k ni sesuatu sikit la. Mentang2 duk terceruk dari umah tajudin
Cuba siasat KPP dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
'berjaya meleraikan pergaduhan'??? Canna mangsa boleh meninggal  kalau udah BERJAYA DILERAIKAN??? Poning den.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 26-11-2021 10:44 PM
orang dah mati kat depan mata pon ko sempat lek2 pekena rokok sebatang hah babi?

Siapa yang pekena rokok tu? Ada gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape cite sebenar, masalahnye kenape x dileraikan pergaduhan tu...mcmlah x boleh tarik org tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 26-11-2021 03:05 PM
Siapa yang pekena rokok tu? Ada gambar?

takde lah gambar. iols pon tengok gambar dekat artikel atas tu jah entah sapa punya tangan pakai jam merah hitam tu tengah pegang puntung rokok sebatang tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
So bukan la lakon semula gambar tu?
Semalam netz kata tu sekadar lakon semula jer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:31 PM | Show all posts
polis mcm tgk jah  sorg tu wrestlisng mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:32 PM | Show all posts
patutnya siasat bila dah ada gambar dalwaan bagaiiii, takyah duk sentappp, mcm2 donia ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk ke pic tu mmg mcm yg dikatakan la
Semoga ada pencerahan
Dr mata kasar, itu la npk tangan masih berpaut di tengkuk mangsa ( arwah) sambil disaksikan anggota polis
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jejaka_hensem at 27-11-2021 01:01 PM

Kalau perhatikan dari gambar,memang nampak polis2 tu sedang bergerak kearah mangsa utk meleraikan pergaduhan.
cuba tengok,ada pergerakan kaki (polis sbelah kiri) dan pergerakan tangan dan badan polis sorang lagi tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg.mencekik tu lobai saiz 2B. Yg.dicekik nampak macam jenis batang besor
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 26-11-2021 10:32 PM
Dah tangkap..cuma pidiarem marah sebab tular gambar mangsa terbunuh disaksikan pulis..seolah2 puli ...

Owh kalau orang lain takpe la sebar? Polis maksum ka aih… tula tuhan nak tunjuk polis pun tak boleh percaya.. bukti ada nak deny apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 27-11-2021 01:08 AM
Kalau perhatikan dari gambar,memang nampak polis2 tu sedang bergerak kearah mangsa utk meraikan perg ...

Rai ke lerai sisbro?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat yg orang awam tak leraikan dulu sebelum polis datang? Tengok kemain ramai lagi. Hampa pon 2x5 jugaklah. Ke masing2 sebok merakam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.093907 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list