CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 0

[Perlis] 500 gua di Perlis belum diteroka

[Copy link]
Post time 26-11-2021 08:15 PM | Show all posts |Read mode
500 gua di Perlis belum diteroka
ROSHILA MURNI ROSLI | | 26 November 2021


Azman (tengah) bersama Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Awang Shaffie Awang Ahmad (kiri) ketika ekspedisi meneroka Gua Wang Mbut dan Gua Tempurung pada 20 November lalu.


KANGAR - Terdapat lebih 500 gua yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan di Perlis belum diteroka.


Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Md Yusof berkata, kesemua gua batu kapur itu mempunyai khazanah dan sejarah tersendiri yang tidak diketahui umum.


Katanya, antara gua yang menarik perhatian dan sesuai diterokai adalah Gua Wang Mbut dan Gua Tempurung yang terletak di Wang Ulu.


"Menurut penduduk tempatan, Gua Wang Mbut adalah gua asli dan belum diterokai sepenuhnya. Pada 20 November lalu, saya sempat merasa sendiri pengalaman meneroka dua gua berkenaan.


"Berdasarkan pemerhatian saya, beberapa infrastruktur di situ perlu dinaik taraf seperti jalan masuk ke gua berkenaan untuk memudahkan pelancong," katanya.


Menurutnya, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut bersama beberapa agensi berkaitan seperti Jabatan Perhutanan Negeri dan pemimpin setempat dalam masa terdekat.


"Beberapa aspek terutama komersial dan keselamatan akan dilihat dahulu sebelum diputuskan untuk dijadikan sebagai lokasi pelancongan. Bukan semua gua sesuai untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan, sebab itu perbincangan teliti perlu dilakukan bersama pihak berkaitan," katanya.


Tambah Azman, sekiranya ada pihak NGO atau orang persendirian berminat untuk mengadakan sebarang aktiviti di gua-gua berkenaan, mereka boleh berhubung dengan beliau untuk maklumat lanjut.


"Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan mana-mana pihak untuk merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini. Mereka boleh berhubung dengan saya atau agensi berkaitan untuk memudahkan urusan," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rlis-belum-diteroka
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.454377 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list