CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Borneo] COVID: Labuan Kini Kembali Jadi Zon Merah

[Copy link]
Post time 26-11-2021 08:15 PM | Show all posts |Read mode


LABUAN, 26 Nov (Bernama) — Labuan merekodkan 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif, sekali gus menukar status pulau bebas cukai ini kepada zon merah berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata dua kluster aktif itu adalah Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.

“Kluster Jalan Jati dicetuskan oleh sekumpulan pelanggan premis makanan dan minuman (F&B) di Jalan Jati di pusat bandar, yang dahulunya sebuah premis hiburan sebelum dijadikan bistro.

“Kluster tersebut muncul pada 21 Nov dan kluster ini menular dengan pantas dan menyebabkan lebih banyak jangkitan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Ismuni berkata kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun, antara individu yang dijangkiti menerusi kluster tersebut.

“Sekurang-kurangnya 18 kes telah disahkan menerusi ujian reaksi berantai polimerase (PCR) dalam kluster tersebut, kita telah menganalisis kadar jangkitan kluster ini yang didapati tinggi,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kluster Bukit Kuda mula dikesan pada 19 Nov selepas satu keluarga mengadakan majlis pertunangan.

“Kluster berkenaan masih aktif dengan pertambahan bilangan kes positif,” katanya.

Dr Ismuni berkata satu subzon merekodkan 10 kes positif, zon dua (22), zon tiga (19), zon empat (32) dan subzon lima dengan 29 kes.

Beliau berkata dua pesakit (seorang daripadanya kanak-kanak) berada dalam kategori empat dan lima. Kedua-dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Labuan sedang berhadapan dengan turun naik kes positif yang kebanyakan disumbangkan oleh pengembara dan aktviti perhimpunan sosial,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/174650/KHAS/Covid-19/Covid-19-Labuan-kini-kembali-jadi-zon-merah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.355454 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list