CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 1

[Sarawak] Sup Gearbox penuhi cita rasa pelanggan

[Copy link]
Post time 26-11-2021 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-11-2021 12:07 PM



KUCHING: Terkenal dengan sajian makanan sup Gearbox, Wahab Openg berkata dia lebih memilih konsep penyediaan makanan alaala negara jiran iaitu, Indonesia.

Menurut beliau yang juga dikenali sebagai Pak Wahab itu, dirinya banyak menampilkan kelainan dalam penyediaan sup Gearbox yang diusahakan berbanding peniaga lain.

“Sup Gearbox ini berdasarkan resipi sendiri yang diilhamkan menerusi rasa sup yang pernah saya cuba di beberapa kedai.

“Pada dasarnya, saya sendiri merupakan antara peminat sup sehingga tercetusnya idea untuk dijadikan produk niaga,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurut beliau, sup Gearbox jualannya juga boleh diperoleh dalam kuantiti yang sedikit, untuk memberi peluang kepada semua golongan merasainya.


“Menyebut tentang sup Gearbox, saya yakin kita semua tahu ia dihidangkan dalam kuantiti yang banyak.

“Untuk memastikan semua pelanggan dapat merasai sup Gearbox ini, saya menawarkan sup Gearbox potong yang boleh dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit,” katanya lagi.

Mengulas tentang cawangan kedai yang dimiliki, Pak Wahab mengatakan Sup Gearbox jualannya bertapak di Metrocity Matang yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa.

“Sebelum ini, saya mempunyai empat gerai yang menjual sup Gearbox di kawasan Samarahan.

“Bagaimanapun, kini hanya tinggal dua gerai yang masih beroperasi memandangkan saya perlu menumpukan lebih perhatian terhadap perniagaan ini,” katanya lagi.


Meskipun sentiasa menghadapi pelbagai cabaran, namun ia bukan penghalang untuk Pak Wahab terus maju dalam perniagaannya.

“Cabaran utama yang sering dihadapi ialah mengekalkan rasa yang sama dalam hidangan sup Gearbox setiap hari.

“Ini merupakan kunci untuk mengekalkan pelanggan setia berkunjung menikmati sup Gearbox,” katanya lagi.

Beliau juga berkata pemilihan tapak kedai di Metrocity juga sangat berbaloi, memandangkan kawasan tersebut memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan.

“Sebagai peniaga, selain mengutamakan kualiti produk saya juga sentiasa memastikan sup yang saya jual memenuhi cita rasa pelanggan.

“Saya bukan jenis yang hanya ingin mengaut keuntungan malah lebih selesa bersikap jujur dan ikhlas menyediakan hidangan kepada pelanggan,” katanya lagi.

Selain menjual hidangan sup Gearbox yang merupakan sup tulang lutut lembu, Pak Wahab juga menawarkan beberapa jenis sup lain seperti sup tulang rusuk, sup ekor, sup tendon, sup perut dan sup campur.

“Untuk pelanggan di kawasan Samarahan, mereka boleh kunjungi gerai sup Gearbox di Aiman Mall dan Warung 2000,” katanya lagi.

Menurutnya, sambutan terhadap sup Gearbox yang diniagakan mendapat tindak balas positif daripada pelanggan di seluruh kawasan Kuching.

“Saya berharap usaha ini dapat dikembangkan dengan membuka satu lagi cawangan di tempat lain pada masa akan datang.

“Usaha ini bertujuan memudahkan kunjungan pelanggan yang menggemari sup Gearbox Pak Wahab,” katanya lagi.


Selain sup, beliau juga menjual ayam penyet yang terkenal dengan “cobek” iaitu pinggan hidangan yang disediakan.

“Keistimewaan Ayam Penyet Pak Wahab ini terletak pada sambalnya yang tidak terlalu pedas dan sesuai dimakan semua orang.

“Bagaimanapun, pelanggan yang lebih menyukai rasa pedas boleh memesan sambal hijau untuk dinikmati dengan ayam penyet yang disajikan,” katanya lagi.

Pelanggan yang ingin mencuba sup Gearbox Pak Wahab boleh mengunjungi kedainya di Metrocity Matang atau layari Facebook Sup Gearbox Pak Wahab untuk membuat pilihan.

https://suarasarawak.my/2021/11/sup-gearbox-penuhi-cita-rasa-pelanggan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2022 03:10 PM | Show all posts
Thank you for sharing great drift hunters food. I hope it will be known by many people
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.690517 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list