CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Sabah] Pembangkang Tidak Mampu Bawa Kemajuan, Kata Mohamaddin Selepas Sertai Bersatu

[Copy link]
Post time 26-11-2021 08:00 PM | Show all posts |Read mode


Mohamaddin Ketapi berharap penyertaannya dalam Bersatu, yang turut menganggotai kerajaan, akan membawa manfaat kepada rakyat di Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi yang baharu menyertai Bersatu berkata, beliau tidak mampu membawa sebarang kemajuan kepada pengundi kawasannya jika terus menjadi wakil pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama itu juga berkata, Lahad Datu mempunyai empat Dewan Undangan Negeri berkeluasan besar yang memerlukan peruntukan yang banyak untuk dibangunkan setanding dengan kawasan lain.

Justeru, bekas pemimpin Warisan itu berkata, beliau melihat Bersatu yang turut berada dalam kerajaan mampu membawa kemajuan kepada kawasan diwakilinya.

“Tiga tahun lebih lagi untuk bertahan dalam pembangkang. Apa yang anda jangka jika saya bertahan di situ? Pembangkang tidak bawa apa-apa,” katanya dalam sidang media menjelaskan sebab beliau menyertai Bersatu.

“Pilihan raya selepas ini saya akan jumpa pengundi saya dan minta undi lagi, apa yang orang akan kata? Bukankah dengan sendirinya itu memberitahu kepada kita tak payahlah nak jumpa rakyat, pasal dah jadi pembangkang lama tiada bawa apa-apa…dan anda kembali kepada rakyat dan minta undi, saya rasa itu bukan perkara yang bagus.”

Terdahulu, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin mengumumkan Mohamaddin secara rasmi menjadi ahli Bersatu selepas permohonannya diterima mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan Presidennya, Muhyiddin Yassin.

Pada 30 Okt lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan kerana mahu memberi tumpuan memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.

Mengulas lanjut, Mohamaddin mendakwa Lahad Datu agak terkebelakang dari segi pembangunan menyebabkan beliau nekad menyertai parti itu.

“Jadi dengan harapan saya dah masuk Bersatu, bolehlah bawa manfaat kepada rakyat di kawasan saya,” katanya. – FMT


sabahpost.net/2021/11/26


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.059097 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list