CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Sabah] Guru Sabah Panelis Utama Konvensyen Pendidikan United Kingdom

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode


KENINGAU: Dua guru Bahasa Inggeris dari Kolej Vokasional Keningau, Dr. Sirhajwan Idek dan Puan Nurazilah Othman, telah terpilih sebagai panelis utama bagi salah satu program pendidikan terbesar yang berpusat di United Kingdom iaitu Macmillan Education Winter Fair yang akan berlangsung pada 16 Disember 2021. Terdapat lima panelis bagi program dalam talian ini iaitu David Spencer, Alicja Galazka, Ben Crystal beserta dua guru ini.

Kesemua panelis ini dipilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan sumbangan mereka dalam bidang pendidikan khususnya Bahasa Inggeris. Kedua-dua panelis ini merupakan panelis pertama yang berasal dari luar benua Eropah.

Tema utama sesi latihan ini adalah penerapan teater dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan ianya terbahagi kepada empat sesi.

Kedua-dua guru ini terpilih sebagai panelis kerana mereka adalah pemenang anugerah global Simon Greenall Award pada tahun 2021 dengan projek seni bertajuk “Dau-Dau”.

Mereka akan membentang sebahagian daripada projek mereka yang mengandungi elemen teater iaitu pertunjukan boneka, animasi pendek dan teater pembaca.

Hasil daripada projek ini, para pelajar kolej ini telah menghasilkan pelbagai video persembahan seni termasuklah deklamasi puisi, penceritaan dan persembahan bahasa isyarat.

Para pelajar mereka telah berjaya menyertai dan merangkul pelbagai anugerah di festival seni dan pertandingan bahasa.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan yang telah dicapai oleh para guru serta pelajar institusi tersebut kerana ianya menunjukkan komitmen KV Keningau untuk mewujudkan amalan terbaik dalam pelbagai bidang.

Golongan pendidik dan orang awam boleh mendaftar untuk menyertai program ini secara percuma sebagai pendengar melalui pautan berikut:https://www.macmillanenglish.com ... earning-winter-fair


sabahpost.net/2021/11/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.382054 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list