CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 160|Reply: 0

[Kedah] Tiga langkah pembetulan atasi kemerosotan simpanan KWSP

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Tiga langkah pembetulan atasi kemerosotan simpanan KWSP
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 26 November 2021


Divid (gambar kecil) berkata, kerajaan tidak boleh mengambil atau melaksanakan dasar-dasar yang memiskinkan para pekerja atas nama tawaran bantuan kewangan sementara.

ALOR SETAR - Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (KSIEWUSM)) mahu kerajaan melaksanakan tiga langkah pembetulan bagi menangani isu kemerosotan simpanan dałam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ekoran pengeluaran besar-besaran menerusi pakej rangsangan disediakan.


Setiausaha Agungnya, A Divid berkata, pihaknya memandang serius kegusaran yang dikongsi Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir pada Selasa lalu, mengenai risiko majoriti ahli KWSP yang berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan.


Menurutnya, kerajaan, Kementerian Kewangan dan KWSP perlu memikirkan penyelesaian jangka panjang bagi memastikan setiap pekerja Malaysia tidak menjadi miskin selepas bersara dan jika dibiarkan berlaku, ia bertentangan dengan prinsip Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).


"Kami mahu kerajaan mencari penyelesaian konkrit dalam menyelesaikan isu ini dengan melaksanakan tiga perkara iaitu membatalkan segera keputusan melanjutkan pelaksanaan pengurangan kadar caruman ekoran Covid-19 yang dikatakan dilaksanakan untuk mengurangkan beban majikan dan pekerja.


"Kedua, menaikkan kadar caruman di kedua-dua pihak pekerja dan majikan mulai 1 Januari 2022 bagi meningkatkan kadar simpanan jangka panjang.


"Ketiga, kerajaan perlu memperuntukkan sumbangan pengganti bagi mengisi semula simpanan ahli KWSP yang telah mengeluarkan lebih RM101 bilion atas nama bantuan kewangan di bawah pakej rangsangan sejak tahun ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Mengulas lanjut, Divid berkata, kesatuan tersebut turut terkilan dan sedih melihat aset pelaburan KWSP telah merosot kepada RM989.14 bilion pada Jun 2021 selepas kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi.


Beliau berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab sosial bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap para pekerja yang turut mencarum di KWSP.


"Kerajaan tidak boleh mengambil atau melaksanakan dasar-dasar yang memiskinkan para pekerja atas nama tawaran bantuan kewangan sementara.


"Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri, seiring dengan slogan Keluarga Malaysia perlu segera mengadakan perbincangan atau dialog bersama kesatuan sekerja bagi mencari penyelesaian pembetulan bagi mengelakkan satu lagi krisis kehidupan rakyat jelata dalam jangka panjang," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... sotan-simpanan-KWSP
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078758 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list