CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Sabah] Dua ahli perniagaan edar 70.9 Kilogram Syabu dihukum gantung

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:46 PM | Show all posts |Read mode


TERTUDUH: Kedua-dua tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Mahkamah Tinggi, di sini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap dua ahli perniagaan selepas didapati bersalah mengedar 70.9 kilogram dadah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tan Teng Siong, 42, dan Tay Thong Keng, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Haji Karim, berhampiran Mahkamah Tawau, dalam daerah Tawau, jam 12.30 tengah hari, 9 November 2018.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama seorang lagi tertuduh, Tan Teng Sang, 38, didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine berkenaan di belakang Mahkamah Tawau.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 38B (2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 15 kali (jika tidak dikenakan hukuman mati).

Hakim Dr Lim Hock Leng berkata, pihak pembelaan tertuduh Teng Siong dan Thong Keng gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam masa sama, pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai niat bersama untuk menyeludup dadah berkenaan.

Sehubungan itu, Mahkamah mendapati kedua-dua mereka bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Manakala tertuduh kedua iaitu Teng Sang dibebaskan selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan terhadapnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam Dominic Chew, Luke Ressa Balang dan Ram Singh Harban Singh.


utusanborneo.com.my/2021/11/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.102937 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list