CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

[Sarawak] Elaun akan dibayar kepada JKKK Sarawak mulai 2022

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:43 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari dan Mahdzhir pada majlis perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Daerah Marudi di Rumah Panjang Ridab, Sungai Pasir, Marudi pada Khamis.

MIRI: Pembayaran elaun kepada setiausaha, pengendalian dan kehadiran mesyuarat bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sarawak akan dilaksanakan mulai Januari 2022.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Mahdzhir Khalid berkata keputusan itu dimuktamadkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pada 19 Nov lepas.

Bagi tujuan itu katanya, peruntukan berjumlah lebih RM44 juta setahun disediakan untuk pembayaran kepada 5,976 setiausaha dan 65,736 ahli JKKK Sarawak.

"Penyediaan peruntukan bagi ketiga-tiga elaun ini dilihat dapat memantapkan lagi jentera di peringkat akar umbi dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kerajaan Sarawak dan Persekutuan terutamanya dalam pelaksanaan program pembangunan luar bandar yang melibatkan peranan institusi JKKK," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Daerah Marudi di Rumah Panjang Ridab, Sungai Pasir di Marudi, kira-kira 80km dari sini pada Khamis.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Timbalan Menteri II KPLB Datuk Hasbi Habibollah.

Mengenai projek itu, Mahdzhir berkata KPLB membelanjakan peruntukan sebanyak RM38.5 juta merangkumi pembinaan stesen pam penggalak, tangki sedutan berkapasiti 1.17 juta liter, tangki simpanan air berkapasiti 2.76 juta liter dan pemasangan saluran paip baharu sepanjang 71 kilometer.

Katanya, projek itu siap sepenuhnya pada 19 Sept lepas dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana, akan memberi manfaat kepada kira-kira 8,000 pengguna di 34 kampung di Marudi.

"Projek ini merupakan salah satu projek yang dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang akan menyediakan bekalan air bersih dan terawat kepada kampung-kampung di sepanjang jalan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telang Usan ke Kampung Lubok Nibong di sini," katanya.

Selain projek BALB, Mahdzhir berkata sebanyak tiga Projek Elektrik Luar Bandar diluluskan bagi kawasan Marudi dan Telang Usan, melibatkan projek bekalan elektrik alternatif iaitu solar hibrid yang dianggarkan menelan kos RM282 juta. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/11/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052170 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list