CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 0

[Sarawak] Pengasas produk Nang Ori, terima anugerah Anugerah Perdagangan Dalam Negeri

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:40 PM | Show all posts |Read mode


Aweang (empat kiri) bersama penerima anugerah yang lain merakam kenangan pada majlis APDN.

KUCHING: Pengasas produk tempatan berasaskan lada jenama Nang Ori, Aweang Kuwasin sekali lagi dipilih untuk memenangi anugerah perniagaan.

Kali ini wanita Bidayuh dari Kampung Bratan, Puncak Borneo ini dipilih sebagai pemenang Anugerah Usahawan Aktif dan Kreatif pada Anugerah Perdagangan Dalam Negeri (APDN) 2020 pada 23 November lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pada 2019 beliau pernah memenangi anugerah Malaysia Top Achiever dan Malaysia Good Design Award.

Menurut Aweang, pada 18 Nov lalu beliau telah meneriman satu surat jemputan melalui emelnya untuk hadir ke Majlis Anugerah Perdagangan Dalam Negeri (APDN) tahun 2020, majlis yang julung kali diadakan dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memberi penghargaan kepada pihak industri peruncitan dalam negeri selaku barisan hadapan yang menyumbang kepada keutuhan ekonomi negara, khususnya dalam tempoh pendemik COVID- 19.

Aweang berkata ketika itu jauh di sudut hatinya beliau ingin sangat untuk hadir ke acara itu kerana sudah lama jarang berjumpa dengan teman-teman seperjuangan di Semenanjung Malaysia sejak beliau berpindah ke Sarawak dua tahun yang lalu.

"Niat di hati terpaksa ditangguhkan kerana mendiang bapa saya masa itu sakit dan kritikal di Hospital Jantung di Kota Samarahan serta tidak sedarkan diri pada hari kedua terlantar di hospital.

"Saya lupa seketika niat untuk menyertai majlis ini dan keesokan harinya bapa saya telah pergi untuk selama-lamanya untuk bersama Tuhan," kata Aweang.

Menurut Aweang, sepanjang tempoh berkabung bersama keluarga di kampung, beliau telah memberitahu kepada ahli keluarga beliau yang beliau telah dicalonkan untuk anugerah berkenaan.

Katanya, ahli keluarga termasuk ibu dan suami beliau menggalakkan beliau untuk hadir ke majlis penganugerahan berkenaan.

"Kakak ipar saya kak Lily Loh terus berkata kepada saya bahawa saya harus pergi sebab bapa sebenarnya sangat bangga jika kamu dapat mendapat anugerah itu kerana tengok sahaja di dalam telefon bimbit dia banyak gambar kamu dan produk Nang Ori.

"Namun, saya masih juga ragu-ragu untuk pergi kerana pada malam 23 Nov merupakan malam terakhir untuk kami bersembahyang untuk roh mendiang bapa saya," tambah Aweang.

Setelah berbincang dengan suami, sehari sebelum malam anugerah itu Aweang terus membeli tiket penerbangan untuk ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis berkenaan.

Pada masa itu juga, katanya beliau kelam kabut pergi mencari baju yang bertemakan batik Malaysia untuk dipakai ke majlis anugerah tersebut.

"Saya sempat menghubungi ikon usahawan, seorang pereka fesyen terkenal Sarawak Dr Ana untuk bertanya di mana dan bagaimana saya harus mencari baju tema batik Malaysia @ batik Sarawak yang sesuai," katanya.

Aweang berkata sememang beliau amat bersyukur kerana telah mendapat percalonan bersama dua lagi rakan usahawan yang hebat serta ingin menghadiahkan anugerah ini kepada mendiang bapa beliau Kwasin Surem.

"Kalaulah dia masih hidup pasti dia sangat bangga dengan percapaian dan kemenangan ini," kata Aweang.

Beliau berkongsi kemenangannya itu bersama ahli keluarga serta seluruh warga kerja Nang Ori, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta pihak MARA Sarawak yang tidak berhenti-henti menyokong perjuangan Nang Ori dan IKS Sarawak untuk memasuki dan bertahan dalam Hypermarket.

Beliau berharap Nang Ori boleh melebarkan sayapnya lebih jauh ke persada dunia selepas ini serta boleh membantu untuk ramai Exculsive Mobil Partner (Agent @ Business Partner Online Nang Ori untuk berjaya bersama-sama.



utusanborneo.com.my/2021/11/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055755 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list