CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Sarawak] Sebuah rumah di Jalan Muhibbah terbakar

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:36 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebuah rumah di Jalan Muhibbah, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Satawak Tiong Ling Hii berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 10.56 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dan Batu Lintang terus ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal telah terbakar," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya pasukan operasi berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.23 pagi dan terus memadam api sehingga padam sepenuhnya.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit forensik Kebakaran JBPM Sarawak.


utusanborneo.com.my/2021/11/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.491072 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list