CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Sarawak] Melayang RM500 Lina Soo

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:34 PM | Show all posts |Read mode



Lina Soo ketika membuat laporan polis di Balai Polis Padungan, hari ini.

KUCHING: Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Lina Soo membuat laporan di Balai Polis Padungan setelah diminta memberi RM500 kepada individu tidak dikenalinya.

Menurut beliau, laporan polis itu hanya untuk rujukan polis bagi mengelak insiden yang sama pada masa depan dan mengelak salah tanggapan bahawa parti itu memberi wang semasa tempoh berkempen.

"Saya telah bertanding dalam tiga pilihan raya lalu dan tiada siapa yang datang dan meminta wang daripada saya atau parti," katanya yang merupakan calon berpotensi parti untuk Padungan.

Tambahnya, semua kerja berkempen seperti menggantung kain rentang dan panji dijalankan oleh sukarelawan.

"Kami tidak menggaji pekerja. Malah, saya sendiri akan keluar membantu menggantung kain rentang nanti," kata Soo.

Aspirasi bukan sebuah parti yang kaya dan mampu memberikan wang kepada sesiapa sahaja yang datang kepada mereka, ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa untuk sebarang pilihan raya, parti itu mematuhi semua undang-undang dan peraturan pilihan raya dengan tegas.

Lelaki tidak dikenali itu menghampiri rakannya di flat KMC Sebuyau, Jalan Ban Hock sekitar jam 6 petang pada 19 Nov lalu dan bertanyakan siapa calon Padungan, jelasnya.

Rakannya kemudian menjawab bahawa ia (calon) adalah Lina Soo dan orang yang tidak dikenali itu menjawab bahawa dia ingin mengutip RM500 daripadanya dan segera meninggalkan kawasan itu tanpa memberi sebarang alasan.


utusanborneo.com.my/2021/11/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068709 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list