CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan Jepun Kurnia Anugerah Kepujian Menteri Luar Kepada Penyelidik UMS

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:27 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Penyelidik Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Charles S Vairappan menerima Anugerah Kepujian Menteri Luar Jepun dalam majlis ringkas di pejabat Konsul Jepun di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Anugerah tersebut diberikan atas usaha secara berterusan beliau dalam mempromosikan pendidikan dan penyelidikan di antara Malaysia dan Jepun mendapat pengiktirafan kerajaan Jepun apabila beliau dikurniakan Anugerah Kepujian Menteri Luar Jepun.

Anugerah disampaikan oleh Konsular, Pejabat Konsul Jepun di Sabah, Kako Shiho.

Duta Jepun ke Malaysia dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Embassy of Japan In Malaysia menjelaskan Profesor Dr Charles yang merupakan ahli akademik di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS telah melakukan usaha berterusan dalam membuka ruang kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan di antara Jepun dan Malaysia sepanjang kerjaya akademik beliau.

“Beliau juga pernah terlibat dalam aktiviti penyelidikan bersama dengan institusi penyelidikan Jepun melalui projek Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) serta Third Country Training Programme (TCTP) yang melibatkan aktiviti latihan mengenai pemuliharaan biodiversiti di Sabah.

“Dengan pencapaian ini Dr. Charles merupakan contoh terbaik terhadap kejayaan pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur yang akan menyambut ulang tahunnya ke-40 tahun depan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Pihak Kedutaan Jepun turut mengharapkan sumbangan berterusan Dr. Charles dalam mengukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam satu ucapan ringkas ketika menghadiri majlis pengurniaan tersebut berkata, penganugerahan tersebut memberi makna yang sangat istimewa kepada UMS.

Katanya, UMS telah terlibat dalam pelbagai aktiviti pemuliharaan yang disokong oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) sejak 20 tahun lalu.

“JICA menyokong pelbagai aktiviti UMS bersama penyelidik Jepun melalui Program Borneo Biodiversity and Ecosystems Conservation (BBEC) dari tahun 2002 hingga 2012, kemudian diikuti dengan Sustainable Development of Biodiversity and Ecosystem Conservation (SDBEC) dari 2013 hingga 2017.

“UMS juga amat berbangga kerana menjadi satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang dipilih sebagai institusi latihan dalam bidang pemuliharaan oleh Wisma Putra dan JICA melalui program TCTP,” katanya.

Menurut Dr. Taufiq, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan bilangan penyelidik Jepun yang berinteraksi secara langsung dengan ahli akademik dan pelajar UMS melalui projek penyelidikan, webinar dan program pertukaran pelajar.

“Dr. Charles telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut atas kapasiti beliau sebagai Duta Rangkaian Universiti Hokkaido dan Kagoshima University Yuuko Taishi, yang menyaksikan graduan UMS memperoleh pasca kedoktoran dan kedoktoran di Universiti Hokkaido, selain peluang latihan industri jangka pendek.

“UMS komited untuk meneruskan kerjasama dua hala yang amat menggalakkan dengan rakan kami di Jepun bukan sahaja dalam bidang Biologi Pemuliharaan tetapi juga dalam bidang pengajian lain yang sedang diusahakan oleh ahli akademik kami,” kata Taufiq.

Beliau turut berharap agar Dr. Charles yang dijangka berlepas ke Universiti Tokyo bagi menjalani tempoh sabatikal tidak lama lagi akan meneruskan usaha membuka lebih banyak laluan kepada ahli akademik dan pelajar dari kedua-dua negara untuk berinteraksi dan memahami budaya dan ilmu pengetahuan antara satu sama lain sepanjang berada di Tokyo nanti.

Turut hadir dalam acara pengurniaan anugerah tersebut Timbalan Konsular, Tsukamoto Ai dan Pengarah IBTP, Prof. Madya Dr. Monica Suleiman.


sabahmedia.com/2021/11/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.166054 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list