CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 71|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 26/11/2021

[Copy link]
Post time 26-11-2021 07:19 PM | Show all posts |Read mode




COVID-19: Jumlah kes harian catat penurunan, 144 kes hari ini
KUCHING: Sarawak terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 dengan hanya merekodkan 144 kes baharu hari ini berbanding semalam, 171 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini 250,229 kes.

Menurutnya, 139 daripada kes baharu ini adalah kategori satu dan dua.

Manakala satu kes adalah kategori tiga, kategori empat (3) dan satu kes kategori lima.

Kuching merekodkan kes harian tertinggi (59) diikuti Miri (18), Bintulu (13), Sibu (10), Limbang (9), Lawas (6), Song (5), Serian (4), Betong (3), Sarikei (3), Mukah (2) dan Samarahan (2).

Lain-lain kes dikesan di Kapit, Belaga, Kanowit, Tebedu, Daro, Pusa, Tatau, Beluru dan Subis dengan masing-masing merekodkan satu kes.

JPBNS turut memaklumkan terdapat tiga kematian akibat COVID-19 dilaporkan antara 16 hingga 23 November melibatkan dua perempuan masing-masing berusia 62 dan 75 tahun di Betong, serta seorang lelaki berusia 49 tahun di Hospital Umum Sarawak.

Dalam pada itu tiada kluster baharu diisytiharkan di Sarawak menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah empat kluster.

Ia adalah Kluster Putai 2, Bukit Mabong; Kluster Ensurai, Limbang; Kluster Jalan Sultan Tengah Rampangi, Kuching dan Kluster Jalan Ong Tiang Swee, Kuching.


utusanborneo.com.my/2021/11/26


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2021 07:21 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.098413 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list