CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 269|Reply: 3

[Politik] Isham Jalil: Kalau PAS enggan kerjasama, Umno tak paksa

  [Copy link]
Post time 26-11-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Umno tidak akan memaksa PAS meneruskan kerjasama dengannya jika parti itu enggan berbuat demikian, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Beliau berkata, terpulang kepada PAS untuk memilih parti mana yang mereka mahu menjalin kerjasama dan begitu juga sebaliknya.

“Tiada paksaan dalam Islam. Jika PAS ingin teruskan kerjasama mereka dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), itu keputusan mereka dan kita tidak akan halang,” katanya dalam kenyataan.

pix upload

Bagaimanapun Isham berkata, Umno tidak akan menerima sebarang syarat kerjasama yang memaksa parti itu menyerahkan “kerusi-kerusi lompat” kepada Bersatu.

Ini kerana katanya, akar umbi dan pemimpin parti telah membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

“Sebab jika kita terima dan bekerjasama dengan mereka, rakyat akan hukum kita pula dalam PRU15, sebagaimana rakyat telah menghukum pelompat parti pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini.

“Sekiranya kita (BN) terpaksa pergi solo lagi, maka kita terima hakikat itu dan akan teruskan kecekalan dan usaha untuk mencapai kejayaan di atas kaki dan kekuatan sendiri dan kita tidak perlu was-was, kurang keyakinan atau lemah semangat,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 05:51 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-11-2021 05:55 PM

i think penggunaan ayat tiada paksaan dalam Islam tu tak berape kena konteks , baik ayat ayat itu tak digunakan dalam konteks ni. ayat tu setahu saya menyatakan tiada paksaan untuk memeluk Islam bagi dalam konteks dakwah , dan bukan macam satu escapism untuk yg dah islam untuk tak patuh perintah Allah berkaitan hal tertentu apabila  syahdah itu dilafaz.
so sebab tu i rasa tak payahlah gune ayat tu dalam konteks ini.

I suke pernyataan Tok Mat Hassan dalam Awani - beliau telah menjelaskan pendirian uMNO / BN dalam konteks yg jelas and diplomatik and jujur je.
so, it's up to PAS.  



Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah boleh cayo ke cakap org politaik.
Esok kawin romen sampai terberanak Mercedes.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelacur politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2022 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.087668 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list