CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 0

[Johor] Warga asing bersesak di Menara TJB

[Copy link]
Post time 26-11-2021 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 26-11-2021 03:12 PM

Warga asing bersesak di Menara TJB

Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my



Warga asing yang berkumpul di luar Menara TJB gagal mematuhi SOP ditetapkan. FOTO Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Warga asing yang berkumpul di hadapan bangunan pejabat Menara TJB di Jalan Syed Mohamed Mufti, di sini, hampir setiap hari didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan hingga kehadiran mereka menimbulkan kebimbangan orang ramai.



Pengurus Menara TJB Lee Choon Ming berkata, mereka yang berkumpul di pintu masuk bangunan berkenaan bukan terdiri daripada pelanggan premis perniagaan yang beroperasi di situ.



Beliau berkata, sebaliknya rata-ratanya berurusan dengan pejabat kerajaan berhampiran mulai waktu pagi hingga petang.



Menurutnya, kehadiran kumpulan warga asing berkenaan bukan saja menjejaskan keselesaan penyewa premis malah pelanggan yang berkunjung ke situ.



Katanya, lebih membimbangkan ada antara warga asing yang gagal mematuhi SOP ditetapkan termasuk tidak memakai pelitup muka dan tidak mematuhi penjarakan sosial.



"Kami sudah berusaha menasihati mereka dan memberi amaran namun mereka tidak mempedulikannya.



"Kami juga sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusan pejabat kerajaan berhampiran namun tiada tindakan dilakukan.



"Terdapat sebuah pondok kecil disediakan berhampiran pejabat kerajaan itu bagi kumpulan warga asing menunggu namun ia tidak mampu menampung bilangan yang ramai sehingga mereka ke Menara TJB," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika membuat aduan di Pejabat Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay, di sini, hari ini.



Lee berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya, kira-kira 100 hingga 200 warga berkumpul di hadapan menara berkenaan setiap hari bekerja.



"Penyewa bangunan ini termasuk pejabat guaman dan perakaunan serta kebanyakan mereka sudah mengemukakan aduan kepada kami namun tiada tindakan dapat dilakukan.



"Kami sudah melaporkan perkara berkenaan di Balai Polis Sentral pada 19 November lalu," katanya



Sementara itu, Michael berkata, kemudahan bagi pelanggan berurusan di pejabat kerajaan perlu dinaik taraf.



"Kami juga akan membantu dengan berbincang dengan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha menyelesaikan permasalahan berkenaan.



"Ini adalah isu yang berlarutan sejak bertahun lalu dan ia mungkin mengundang atau mendatangkan masalah serius terutama meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.



"Kita juga tidak tahu sama ada mereka sudah divaksin atau tidak," katanya.

Disiarkan pada: November 26, 2021 @ 2:54pm

sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.179989 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list