CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 0

[Kelantan] Putu halba laris di musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 26-11-2021 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 26-11-2021 03:07 PM

Putu halba laris di musim tengkujuh

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my



KALSOM (kiri) bersama dengan Nor Asikin menyediakan putu halba yang dijualnya di Kampung Kubang Batang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Tumpat: Musim tengkujuh memberi limpahan rezeki buat peniaga putu halba berikutan kuih tradisional itu mendapat permintaan menggalakkan daripada masyarakat di negeri ini.



Tidak hairanlah, ramai peniaga di Kelantan tidak melepaskan peluang membuka gerai di tepi jalan untuk berniaga putu halba.



Peniaga, Nor Asikin Abdullah, 39, berkata, sejak tiga minggu lalu, dia dan rakannya, Kalsom Bakar, 51, membuka gerai di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kubang Batang, di sini.



Katanya, dia mula berniaga putu halba sebaik sahaja masuk musim tengkujuh kerana kuih itu mendapat permintaan tinggi ketika hujan.



"Saya berniaga bersama rakan memandangkan ramai pelanggan datang pada satu-satu masa dan kami tidak menang tangan melayannya.



"Berniaga berdua ini memudahkan lagi urusan kami kerana seorang akan membuat putu halba dan seorang lagi membungkus pesanan pelanggan," katanya yang mula berniaga kuih itu sejak tiga tahun lalu.



Ibu kepada empat anak itu berkata, dalam sehari lebih 1,000 putu halba dihasilkan mereka dan dijual dengan harga 50 sen sebiji.



Katanya, menjual kuih itu memberi limpahan rezeki buatnya dan rakan kerana seawal 7 pagi sudah ada pelanggan menunggu untuk mendapatkan kuih berkenaan.



"Kami berniaga mulai 7 pagi hingga 7 malam dan mampu menghabiskan 40 kilogram (kg) ubi kayu sudah diparut. Lebih istimewa, ramai pelanggan memberitahu putu halba kami sentiasa lembut walaupun ia sejuk.



"Untuk memastikan kuih ini sentiasa lembut dan sedap dimakan, kami gunakan beberapa ramuan termasuk halba bagi membangkitkan bau harum," katanya.



Menurutnya, ilmu menghasilkan makanan itu diperoleh daripada seorang penjual kuih putu halba berpengalaman lebih 50 tahun dikenali sebagai 'Pok Loh'.



Menurutnya, resipi itu kemudian diolah termasuk campuran ilmu daripada ibunya, Che Som Mohamad, 74.

Disiarkan pada: November 26, 2021 @ 2:34pm


sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.279992 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list