CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 78|Reply: 0

[Kedah] ATM rampas 1.3 tan daun ketum

[Copy link]
Post time 26-11-2021 02:45 PM | Show all posts |Read mode
ATM rampas 1.3 tan daun ketum

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 26, 2021 @ 2:21pmbhnews@bh.com.my




Daun ketum yang dibungkus dalam guni dan plastik hitam. - Foto ihsan ATM


ALOR SETAR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kelmarin menggagalkan cubaan menyeludup 1.3 tan daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM77,000 ke Thailand di sempadan negara di daerah Padang Terap.



Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan hari ini berkata, semua rampasan barang tanpa tuan (RBTT) itu dirampas
di laluan menghala ke Batu Sempadan 29/190 sektor OP BENTENG Kawasan



Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada jam 5 petang.



"Semua suspek disyaki bertindak melarikan diri ke dalam kawasan hutan apabila menyedari kehadiran pasukan rondaan di kawasan berkenaan.



Sebanyak 1.3 tan daun ketum yang dirampas pasukan ATM di sempadan negara di Padang Terap, kelmarin. - Foto ihsan ATM

"Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah guni dan bungkusan plastik hitam berada di dalam dua buah pacuan empat roda di kawasan berkenaan.



"Selain daun ketum dan dua kenderaan pacuan empat roda, pasukan rondaan turut merampas empat buah motosikal, mata wang Malaysia, mata wang Thailand dan telefon bimbit," katanya.



Semua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.360957 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list