CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 164|Reply: 0

[Pulau Pinang] 299 anak yatim akibat Covid-19 di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 26-11-2021 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 26-11-2021 11:59 AM

299 anak yatim akibat Covid-19 di Pulau Pinang

]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



DR Norlela Ariffin. FOTO arkib NSTP



Georgetown: Seramai 299 kanak-kanak di Pulau Pinang menjadi anak yatim ekoran kematian ibu atau bapa termasuk empat kehilangan kedua-duanya sekali gus disebabkan wabak Covid-19.



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, data berkenaan diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Katanya, mengikut pecahan data itu, seramai 95 murid dan pelajar yang kehilangan ibu atau bapa adalah dari daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (46), Seberang Perai Tengah (84), Seberang Perai Selatan (33) dan Barat Daya (41).



"Daripada data ini ramai kehilangan tonggak utama keluarga iaitu bapa membabitkan seramai 194 orang manakala kematian ibu pula seramai 78 orang, enam kehilangan penjaga dan empat kematian ibu dan bapa akibat virus ini," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.



Mengulas lanjut, Norlela berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa petugas khas dengan sokongan JKM, JPN dan agensi berkaitan bagi menjaga kebajikan kanak-kanak terbabit.



Menurutnya, jawatankuasa itu akan melihat bentuk sokongan dan bantuan yang diperlukan kanak-kanak itu khususnya dalam memastikan mereka meneruskan sesi persekolahan.



"Kesemua kanak-kanak ini berada dalam pengawasan JKM dan sudah diberikan bantuan namun penubuhan pasukan petugas khas ini adalah untuk mencari bentuk bantuan lain yang diperlukan mereka.



"Ini kerana, terdapat kes yang mana dua pelajar masing-masing berusia 16 dan 18 tahun yang menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 memilih untuk bekerja bagi meneruskan kehidupan serta menyara empat lagi adik mereka," katanya.



Beliau berkata, semua anak yatim dan yatim piatu itu juga tidak ada yang dimasukkan ke institusi kebajikan yang mana dijaga oleh keluarga masing-masing.



"Bagaimanapun, JKM menawarkan khidmat khidmat kaunselor dan sokongan selain turut menghulurkan bantuan lain seperti bakul makanan dan sebagainya bagi membantu kanak-kanak ini," katanya.

Disiarkan pada: November 26, 2021 @ 11:48am



sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 03:25 PM GMT+8 , Processed in 2.293854 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list