CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 831|Reply: 94

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 26-11-2021 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NaylaArisha at 2-12-2021 09:33 AM

Nay saja wujudkan benang GAMES ni untuk semua forumer join. Para SR silalah menjelmakan diri dan menjoinkan diri

Cara : Bina ayat menerusi KEYWORD yang akan di berikan oleh Nay

Pemarkahan : Satu KEYWORD membawa +5 tashanggg (sapa tak mau kann)

Syarat : KEYWORD valid untuk satu hari saja. Olahan ayat mengikut kreativiti masing-masing. Tak boleh tiru. Tashang akan di berikan selepas KEYWORD baru di upkan oleh Momod Nay.


Okay KEYWORD untuk hari ini

1) Indah
2) Impian
3) Ilusi
4) Imaginasi
5) Idea



** Tak de syarat berapa patah perkataan YANG PENTING semuanya dalam sebaris ayat sahaja

Anda di benarkankan untuk spam ayat-ayat yang memenuhi syarat2 di atas.

Maximum 5 ayat satu hari untuk satu forumer

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 10:23 AM | Show all posts
bagi contoh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2021 10:34 AM | Show all posts

contoh keyword pertama Indah...

1) Rani baru sahaja balik dari Kuala Selangor melihat keindahan sawah padi yang menhijau.


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
5 keyword max 5 ayat ke x ksh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2021 10:57 AM | Show all posts
Edited by NaylaArisha at 26-11-2021 12:50 PM
novelloverzz replied at 26-11-2021 10:53 AM
5 keyword max 5 ayat ke x ksh?

1 keyword 1 ayat sehari

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:21 AM | Show all posts

1) Indah



Indah sungguh pemandangan di hadapan KLCC ini.


Keindahan alam semulajadi di dalam Hutan Royal Belum amat memukau pengunjung yang datang ke sana.


"Masya Allah, Indahnya ciptaan Tuhan"getusku di dalam hati.


Saya suka bersiar-siar tengok pemandangan yang indah-indah sahaja.


Kampungku ini desa nan permai lagi indah.


2) Impian


Impian saya nak kahwin Tan Sri cikgu.Kalau tak dapat Tan Sri, Dato pon boleh


Adalah menjadi impian semua ibu bapa untuk mendapat anak yang baik,mendengar kata lagi taat kepada perintah orang tuanya.


Sedap betul buffet yang dihidangkan di Impiana Hotel ini.


Berkahwin di atas kapal layar adalah perkahwinan impian saya.


Tak sangka semua impian Normabaru sudah pun jadi kenyataan.Alhamdulillah


3) Ilusi

Magik hanyalah satu permainan ilusi.


Ilusi optik adalah satu pembentukan imej di dalam anak mata kita.


Apa yang Janna Nick fikirkan cumalah satu khayalan dan ilusi semata-mata.


Ilusi yang terhasil di fikiran hanyalah satu tanggapan yang tidak benar sama sekali


Ilusi dalam mimpimu buatku buntu.


4) Imaginasi


Manusia mempunyai imaginasi tanpa batas.


Lelaki itu mula berimaginasi tentang gadis idamannya.


Imaginasi seorang budak sangatlah kreatif.


Perbuatan anak kecil itu diluar kotak imaginasi saya.


Otak kita mampu menghasilkan ribuan imaginasi yang inovatif sekiranya kita melatihnya setiap hari.

5) Idea


Idea rumah kotak itu terhasil apabila melihat negara maju mula melakukan perkara yang sama.


Bila idea mencurah, maka kerja menjadi mudah


Ilham itu sendiri adalah satu cabang idea yang datangnya dari Tuhan


usahawan yang berjaya adalah usahawan yang berani mencuba idea baru dan segar


Pelajar itu mendapat idea bagaimana ingin menyelesaikan masalah Covid 19 di Malaysia




nah dik nay...5x5 terusssss...tanda kaka sapot benang dik nay.hihihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2021 11:46 AM | Show all posts

memang terbaik kaka norm...

tapi kan... kenapa satu post terus...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2021 11:52 AM | Show all posts

lagi +25 kaka kena buka lagi satu post
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 12:39 PM | Show all posts
INDAH

1) Indahnya laman rumah kepunyaan Pak Dollah.

2) Keindahan sesebuah kampung tanggungjawab semua penduduk.

3) Untuk mengindahkan lagi dekorasi rumah ini, kita perlu lebih bajet.

4) Semua orang sukakan yang indah-indah saja

5) Marilah kita pergi melancong untuk menikmati keindahan ciptaan Allah swt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 12:44 PM | Show all posts
IMPIAN

1) Impian setiap orang adalah berbeza

2) Saya pernah mempunyai impian untuk kurus...

3) " Tak logik betul impian si Abu ni " kata saya di dalam hati

4) Jangan suka membina impian yang tinggi melangit

5) Nama kampung saya ialah Kampung Impian Melangit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 12:48 PM | Show all posts
IDEA

1) Tak ada idea nak makan apa hari ni....

2) Apa punya orang, suka suka curi idea saya.

3) Saya bersetuju dengan semua idea yang diberikan dalam mesyuarat tadi

4) Marshalah yang memberikan idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu.

5) " Semua idea kamu ni sampah" marah boss kepada pekerja baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 12:54 PM | Show all posts
IMAGINASI

1) Wow tak sangka tinggi betul daya imaginasi kamu ni

2) Orang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi ialah seorang yang sangat kreatif.

3) Saya suka berimaginasi untuk berjalan di atas awan

4) Daripada kamu suka berimaginasi benda mengarut, baik kamu buat kerja yang berfaedah

5) Tajuk lagu baru Suhaimi Saad ialah " IMAGINASI "

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 01:00 PM | Show all posts
ILUSI

1) Ayai ialah penyanyi utama kumpulan ILUSI

2) Orang yang suka berilusi, mempunyai masalah mental.

3) Menjadi terkenal hanyalah satu ilusi dan khayalan saya saja.

4) Mula mula sekadar ilusi, kemudian ia menjadi kenyataan.

5) Penagih dadah berada di dalam dunia ilusinya sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 26-11-2021 01:46 PM
memang terbaik kaka norm...

tapi kan... kenapa satu post terus...

hahaha... Kaka pki Hp dik

Nk tggu pos satu ayat satu komen penat aih org jelak nnt.. Tu yang tepek terus satu post
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 26-11-2021 01:52 PM
lagi +25 kaka kena buka lagi satu post

Idea


Idea rumah kotak itu terhasil apabila melihat negara maju mula melakukan perkara yang sama.


Bila idea mencurah, maka kerja menjadi mudah


Ilham itu sendiri adalah satu cabang idea yang datangnya dari Tuhan


usahawan yang berjaya adalah usahawan yang berani mencuba idea baru dan segar


Pelajar itu mendapat idea bagaimana ingin menyelesaikan masalah Covid 19 di Malaysia


Nah.. Kaka repost

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Indahnya alam ciptaan Tuhan

Sudah menjadi impian setiap pasangan utk memiliki cahaya mata

Pak jenin berilusi bahawa suatu hari dia akan menjadi org paling kaya di kampungnya

Imaginasi yg keterlaluan bole mendatangkan impak yg buruk pada kehidupan.

Rehan membentangkan idea hasil perbincangan dgn ahli kumpulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz replied at 27-11-2021 07:00 AM
Indahnya alam ciptaan Tuhan

Sudah menjadi impian setiap pasangan utk memiliki cahaya mata

kenapa ada short form
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 27-11-2021 08:02 AM
kenapa ada short form

Ade eh

X de tulis pun kata x bole
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mn keyword hr ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz replied at 27-11-2021 09:47 AM
Mn keyword hr ni?

setalah di timbang tara... petang sikit baru up new keyword.. hari ni bz dgn keje rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2021 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.095832 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list