View: 3284|Reply: 55
|
[Politik]
Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat UMNO – Hadi
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 26-11-2021 06:54 AM
TAN Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas menolak Muafakat Nasional yang terbelenggu dengan hanya melibatkan parti itu dan UMNO sahaja.
Selain itu Presiden Pas tersebut turut menegaskan, parti juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan lebih besar iaitu Perikatan Nasional.
“Tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang boleh mencacatkan struktur negara, sememangnya memerlukan suatu perubahan kepada proses islah yang dibentuk terkini kerana Barisan Nasional (BN) yang sudah berpenyakit.
“Oleh itu, langkah persembahannya bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional yang tidak lengkap, maka perlu dilengkapkan dengan penubuhan Perikatan Nasional .
“Oleh yang demikian, secara tegasnya Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Pas boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja.
Bahkan, tegas beliau, Pas bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.
‘’Pas hanya menerima Muafakat Nasional yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik Perikatan Nasional,’’ katanya.
Abdul Hadi berkata, demi agenda perpaduan umat yang sebenarnya, maka Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional adalah laksana dua dalam sepasang yang tidak harus dipisahkan, sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas.
“Kedua-dua gagasan ini laksana dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat. Bahkan, ia juga laksana sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah kasut sahaja.
“Bukanlah tujuan gagasan ini demi menjaga kepentingan individu atau kelompok tertentu, sama ada untuk mengangkat ataupun menjatuhkannya. Kita semua laksana ramainya penumpang yang berada dalam satu bahtera atau mengikut slogan Keluarga Malaysia yang besar sebagaimana diuar-uarkan,’’ katanya.
free photo uploader
Beliau menegaskan, berdasarkan semangat yang telah ditegaskan dalam Piagam Muafakat Nasional yang disertai oleh kalangan Melayu Islam dan bumiputera (penduduk asal), maka mereka wajib disatukan setelah berpecah belah dan berporak-peranda selama ini.
“Muafakat Nasional bukan sahaja disertai oleh Pas dan UMNO, bahkan melibatkan semua pihak jika benar-benar gagasan itu berkonsepkan acuan al-Quran yang pernah mendidik masyarakat Arab sebelum Islam yang berpecah belah,” katanya.
Dalam pada itu, kata Abdul Hadi, semua pihak mesti diterima hakikat bahawa Perikatan Nasional yang menjadi gagasan politik lebih besar, perlu berperanan dan berkuasa dalam negara masyarakat majmuk ini.
free photo uploader
“Khususnya, bagi menegakkan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud dan tidak perlu dirungkai lagi, tetapi kandungan perlembagaan mestilah ditafsirkan dengan jiwa yang merdeka daripada sebarang pengaruh penjajahan pemikiran yang perlu dibuang segala kesan-kesan dan pengaruhnya yang masih ada. Di samping itu, perlu disingkirkan puak pendukung penjajah yang menjadi makhluk perosak dalam keluarga Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, Pas hanyalah berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Patut panggil amanah join sekali perikatan nasional |
|
|
|
|
|
|
|
tak kemana MN kalu libat 2 parti sahaja..kes kat perak, umno bertindak sendirian jatuhkan kerajaan negeri tanpa berbincang bersama pas..langsung xde semangat MN semata-mata nakkan jawatan MB..so MN hanyalah retorik umno utk kudakan pas |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah sudah lah kau eddy bawang! Makin lama makin nampak sikap pelacur kau dan parti kau tu! Geli lah, buang jah nama islam dalam parti tu, memalukan ugama! |
|
|
|
|
|
|
|
Tgok profile pic tu teringat lobai punya kempen BN=barang naik. Sekarang terbukti benar belaka!
|
|
|
|
|
|
|
|
nak takbir negara bukan cuma tau ilmu agama je. cakap pasal agama semata mata tak boleh turun kan harga sayur |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-11-2021 08:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
angelofish replied at 26-11-2021 08:43 AM
nak takbir negara bukan cuma tau ilmu agama je. cakap pasal agama semata mata tak boleh turun kan ha ...
Ketua pemuda umno tu seimbang akhirat dan dunia. Patut lebih ramai pemimpin sedemikian dilahirkan umno. Senang nk counter blk pas kalo dorang petik dalil2. Bini pun academician |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg mmg la lobai ckp cmtu, nti ada baekkk punya offer tukar la dalil lain plk......
X kan lobai x sedar...umnok tonggang lobai, lobai tonggang agame |
|
|
|
|
|
|
|
“Khususnya, bagi menegakkan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud dan tidak perlu dirungkai lagi, tetapi kandungan perlembagaan mestilah ditafsirkan dengan jiwa yang merdeka daripada sebarang pengaruh penjajahan pemikiran yang perlu dibuang segala kesan-kesan dan pengaruhnya yang masih ada. Di samping itu, perlu disingkirkan puak pendukung penjajah yang menjadi makhluk perosak dalam keluarga Malaysia,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pula pendokong penjajah?... Hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kalau Amanah join PN, hendak ke Pas berbahagi kerusi dengan Amanah terutama di Kelantan & Terengganu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Udah2 lah menunggang agama hadi awang oiiii.. duta timur tengah dah capai ape setakat hari ni pegang jawatan tu? Jelas dan nyata sokong parti politik yg bagi benefit kat diri sendiri kan? |
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate replied at 26-11-2021 07:43 AM
tak kemana MN kalu libat 2 parti sahaja..kes kat perak, umno bertindak sendirian jatuhkan kerajaan n ...
Benda ni la yg gagal dilihat oleh pimpinan PAS sekarang. Ke sebab sama2 menunggang dan memperguna |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah gabung la... apa ap tah.... |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 26-11-2021 08:56 AM
Siapa pula pendokong penjajah?... Hmmmmm
Aku pun tertanya2 jugak pasal ni. Sapa yg dimaksudkan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Pengkhianatan atas pengkhianatan. Rasa kan lah...
Terpaling bangsat adalah UMNGOK... Dah lah khianat mandat rakyat, khianat pulak geng sendiri... Dasar bangsat... |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 26-11-2021 08:55 AM
“Khususnya, bagi menegakkan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud dan tidak perlu diru ...
Awal2 ph tumbang kata nak gabung,demi kepentingan melayu ..sekarang tak nak gabung demi kepentingan siapa pulak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 26-11-2021 11:10 AM
Oh I know why ?
ni sebab teguran daripada anak lelaki bekas Mursyidul Am PAS - Ustaz YB Nik Muhammad Abduh tentang attitude PAS yg menolah MN walhal akar umbi PAS di Melaka menerima MN.
Sebab tu ade teguran tentang attitude pemimpin PAS ni.
jadi apa yg i tafsir kenyataan Tan Sri Hadi tu macam a response to that statement lah - yg PAS bukan parti peminta sedekah etc
sedangkan situasinya UMNO atau BN sedia bagi 3 kerusi untuk PAS dalam PRN MElaka ni tapi PAS dikatakan 'terdorong 'memilih offer PN yg mana pengarah pilihanraya hmm..semua tahu.
so...bila PN offer PAS bertanding 8 kerusi berbanding UMNO offer PAS hanya 3 dan PAS in fact dibenarkan guna lambang sendiri pun , tapi depa (i.e pas) ni tollakkkssss...kalau PAS ikut offer PN - depa guna lambang PN ..bukan logo depa tapi depa kalah pun jugak.
so depa suka 8 kerusi lagi yg ditawarkan oleh PN so, depa kalah kelapan lapan kerusi.
Walhal kerusi yg UMNO twarkan tu 3 kerusi - without any hesiation ye - yg sure PAS boleh menang beradsarkan faktor demografik kawasan tu. Tapi dah kalah kan.....apa kata Pak Lah dulu ? KALAHLAHHHHH...so..yes.
Persoalan tentang MN tu dua parti okay MN adalah adjunct BN depa tak mau join BN , so tak palah bn pun ade MCA MIC etc lagi so ade pun kemajmukan
PAS kata PN lebih terima Islam ke? seriously?tapi tak palah depa kata begitu , kita terimalah penjelasan depa.
I think UMNO pun dah tak kisah , BN pun dah move on , kalau ikutka ulasan Tok Mat dalam awani tu pun dah jelas and tak banyak retorik and e know tok mat punya komen tang part MN ni no nonsense type. so move on je lah BN tak payah layan PAS.
hai ...hehehe well...
well feel free lah to say anything now Tan Sri Abd Hadi , dah hakikatnya begitu PAS ni. Elok pada I bergerak solo sebab , ade juga suare dok kata dalam MN - umno nak jadi abang long - pulak...
tapi sayangkan 3 kerusi vs 0 kerusi dlm PN.
kalau PAS memang gune alasan nak bersatu satukam ummmmmah...ajakleee PAN ....okaylah tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
iman_kasih replied at 26-11-2021 10:06 AM
Aku pun tertanya2 jugak pasal ni. Sapa yg dimaksudkan tu?
Dulu hakim dh dicop lebih penjajah daei penjajah sbb x benarkan penukaran agama anak secara unilateral....
Makin pelik aku, dulu dikata UMNO tu toghut sbb mempertahankan PERLEMBAGAAN PENJAJAH, now Tan Sri sendiri yg pertahan PERLEMBAGAAN PENJAJAH, tp cop pihak lain plak mendokong penjajah.... Pening aku |
|
|
|
|
|
|
| |
|