CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Dunia] Wanita Caribbean menang dua tiket Virgin Galactic ke angkasa lepas

[Copy link]
Post time 26-11-2021 03:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-11-2021 11:38 AM

Wanita Caribbean menang dua tiket Virgin Galactic ke angkasa lepasAFP -

November 25, 2021 11:05 AM


Keisha Schahaff (dua dari kanan) bersama Richard Branson ketika kunjungannya ke Antigua. (Gambar Facebook/Keisha Schahaff)


WASHINGTON: Syarikat pelancongan angkasa lepas Virgin Galactic semalam mengumumkan seorang wanita dari Caribbean telah memenangi dua tiket bagi penerbangan ke orbit Bumi, bernilai USD450,000 setiap satu.

Jurulatih kesihatan Keisha Schahaff berkata, beliau mahu berkongsi pengalaman ini dengan anak perempuannya yang berusia 17 tahun, seorang pelajar sains di Britain yang mengimpikan untuk bekerja dengan NASA suatu hari nanti.

Pengasas Virgin Galactic Richard Branson mengejutkan Schahaff dengan berita itu di rumahnya di Antigua awal bulan ini.
“Saya ingat ia hanya temubual menerusi Zoom,” kata Schahaff.

“Apabila saya nampak Richard Branson berjalan masuk, saya terus menjerit! Macam tak percaya.”
Tambahnya, beliau berminat dengan angkasa lepas sejak kecil.

“Ini adalah peluang hebat bagi saya untuk menjalani pengembaraan terhebat.”
Schahaff memenangi hadiah itu selepas menyertai loteri anjuran Virgin Galactic di platform Omaze, yang berjaya mengumpul dana sebanyak USD1.7 juta, yang akan disumbangkan kepada badan bukan kerajaan, Space for Humanity.

Jumlah yang didermakan Schahaff tidak didedahkan, namun penyertaan dapat dibuat dengan sumbangan minimum USD10.
Kempen ini menarik hampir 165,000 peserta dalam masa lapan minggu, kata Virgin Galactic.

Schahaff akan menjadi antara pelancong angkasa pertama Virgin Galactic, tetapi gilirannya masih belum ditentukan, kata jurucakap syarikat.
Virgin Galactic telah menjual kira-kira 700 tiket untuk ke angkasa lepas – 600 antara 2005 dan 2014, dan 100 lagi sejak Ogos apabila ia disenaraikan semula pada harga USD450,000.
Sasaran mereka adalah untuk menjual 1,000 secara keseluruhan sebelum pelancaran penerbangan komersialnya, yang pertama pada akhir 2022.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.544850 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list