CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 844|Reply: 0

Aifa sebelah kaki ke final Terbuka Malaysia

[Copy link]
Post time 25-11-2021 11:32 PM | Show all posts |Read mode

AIFA bakal berdepan pemain Kanada, Letournea pada aksi separuh akhir esok.

Aifa sebelah kaki ke final Terbuka Malaysia

PEMAIN skuasy wanita negara, Aifa Azman berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia selepas menewaskan Hana Ramdan dari Mesir 3-0 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam.

Aifa yang kini menduduki ranking ke-69 dunia, nyata amat berpuas hati dengan prestasi ditampilkannya walaupun terpaksa bersaing sengit dengan lawannya sebelum menang 11-9, 11-9, 11-5 dalam tempoh 26 minit.

“Saya sangat gembira kerana menang 3-0 selepas saya mengharungi satu perlawanan sengit menewaskan pilihan ketiga semalam (kelmarin).

“Semalam (kelmarin) saya mengharungi satu perlawanan sengit menentang pilihan ketiga. Jadi, saya gembira kerana berjaya menang 3-0 hari ini (semalam) walaupun jarak mata kami sangat rapat.

“Perancangan saya untuk separuh akhir esok (hari ini) adalah menang. Saya akan merangka strategi permainan terbaik dengan jurulatih kerana saya mahu melangkah ke pentas final.

“Saya akan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan esok (hari ini) kerana lawan saya juga menunjukkan peningkatan ketara dan dia sekarang sudah berada dalam kelompok 20 terbaik dunia,” kata Aifa selepas aksi suku akhir semalam.

Di separuh akhir hari ini, pemain berusia 20 tahun dari Kedah itu bakal berdepan No. 19 dunia dari Kanada, Danielle Letournea yang mara selepas menewaskan seorang lagi wakil Mesir, Nadine Shahin 9-11, 14-12, 8-11, 11-8, 11-4 semalam. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... l-terbuka-malaysia/

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.286259 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list