CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 425|Reply: 7

Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’

[Copy link]
Post time 25-11-2021 11:30 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar seorang guru tentang jawapan yang tidak sopan diterima dari pelajarnya baru-baru ini tular di media sosial.

Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’

PETALING JAYA – Seorang guru yang meluahkan rasa kekecewaannya terhadap muridnya di media sosial tentang jawapan tidak sopan yang diterima olehnya telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai baru-baru ini.

Menerusi perkongsian oleh seorang guru melalui satu tangkap layar di laman sosial Facebook, dia berasa kecewa apabila sikap muridnya itu yang bertindak membalas mesej seperti itu, seolah-olah sebagai kawan sahaja.

Berdasarkan perkongsian ‘posting’ tersebut, guru tersebut telah menanyakan soalan kepada pelajar itu, tetapi cara jawapan yang diterimanya telah menimbulkan perasaan kecewa.

“Kesan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), anda yang membaca mungkin tidak akan rasa apa-apa, kami yang bergelar guru ini baca, sangat sakit hati.

“Macam itu ke bahasa dia dengan guru, baru sahaja sekolah tingkatan dua, kerjaya guru sekarang dah makin tak relevan, ibu bapa dan murid dah tak letak ‘respect’ (hormat) terhadap tenaga pengajar,” katanya di dalam Facebook.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi tentang adab antara guru dan murid-murid dan mempersoalkan tindakan ibu bapa yang membenarkan anak bekerja semasa waktu PDPR.

“Ini kejadian benar, didiklah anak-anak kita sebagaimana kita dulu, hati-hati dengan mind set ‘sekolah gagal bukan bermaksud tak boleh berjaya’. Kita kena faham betul-betul apa maksud ilmu,” kata Muhd Syafiq.

“Kita ini nak WhatsApp dengan cikgu atau ‘lecturer’ pun dengan penuh beradab, penuh segan. Inikan pula nak balas mesej macam itu,” ujar Nur Sha.

“Saya pelik dengan ibu bapa yang bagi anak bekerja, sedangkan mereka tahu yang sekarang cara pembelajaran dah berubah kepada PdPR,” jelas Noor Halimah – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... awab-lek-lah-cikgu/

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 05:47 AM | Show all posts
xyah meroyan cikgu..ngajar je mcm besa...go with the flow....

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 09:59 AM | Show all posts
patutnya after the tq, tak payah dah reply apa-apa..
pandai-pandai la deme nak urus sendiri..
nak amik exam ke tak nak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:04 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-11-2021 09:59 AM
patutnya after the tq, tak payah dah reply apa-apa..
pandai-pandai la deme nak urus sendiri..
nak am ...

Reply dia lepas tq tu baru2 nk intro mbebel. Tp tekujat bila student tu reply lek lek lu. And yes. Patotnya xyah reply ape dh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 12:42 PM | Show all posts
cikgu nak ke bakalan dihukum gituh? cikgu dah tak boleh berleter bagai khenss so why bother 3x jahh babi2 yang tak nak belajar amik ujian bagai tu yachh

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 02:10 PM | Show all posts
Tak ada isu pun hanya ayatnya tu nampak kurang sopan nak2 bila bercakap dengan cikgu bukan dengan kawan sebaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 02:43 PM | Show all posts
budak dah dpt pegang duit sendiri payahlah ... terpaksa bekerja ke ... ayat "lek lak cikgu" budak tu guna mungkin dah terbiasa ... ngan kwn2 ... so, nothing to budak tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 03:14 PM | Show all posts
Dahla cikgu, makin melayan kang stress.
Patutnya cikgu reply, lek waklu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Semasa



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2021 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.110725 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list