CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 690|Reply: 9

[Tempatan] Bangladesh, Indonesia dan Filipina dicadang bagi memenuhi kekosongan dalam sektor perkhidmatan pengawal keselamatan.

[Copy link]
Post time 25-11-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Kerajaan sedang merancang menjadikan Bangladesh, Indonesia dan Filipina sebagai negara sumber tenaga kerja bagi memenuhi kekosongan dalam sektor perkhidmatan pengawal keselamatan.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata perkara itu akan dikaji secara terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat, dan kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pemegang taruh untuk memastikan tiada isu atau masalah timbul mengenainya nanti.


Menurut laporan Bernama, Hamzah berkata beliau akan membuat pengumuman muktamad selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan, termasuk pemain industri serta agensi kerajaan yang terlibat seperti Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan lain-lain lagi.

Beliau berkata ia bagi memastikan bahawa tiada masalah lain yang timbul apabila pekerja-pekerja luar ini mula diimport, kerana mereka perlu dipastikan benar-benar bekerja dalam negara, dan bukannya menjadi ejen negara luar atau sebagainya.

“Ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara, pelbagai perkara boleh berlaku dan saya amat sensitif dengan isu ini,” katanya selepas merasmikan majlis perjumpaan Menteri Dalam Negeri bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian di ibu negara hari ini.

Sementara itu Hamzah berkata 66 lesen syarikat kawalan keselamatan dibatalkan sejak tahun 2014 atas pelbagai alasan, termasuk sebab menggaji pekerja tanpa menjalankan tapisan keselamatan, salah guna senjata api dan menggajikan pendatang tanpa izin.

Beliau seterusnya menggesa semua syarikat kawalan keselamatan membuat pembaharuan lesen syarikat masing-masing bagi mengelak tindakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kt tmpt kerja guard ramai local...india local..cina ada sorg..selebihnya india..puluh2 jgk guard kt opis i nampak pg2. p dasar pemalas pg2 nk angkat palang..

kalau guard kt kondo ye ada foreigner belahhh nepal ngn india kot...org sepesen cina mana ada jd guards  sgt ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri dah meleleh ayaq lioq tgk peluang bisnes pendatang asing terbentang luas depan mata..sebijik mcm sop wak jahid bawak masuk bangla ramai2 dulu guna family company
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:32 PM | Show all posts
org kita ramai je takde kerja
tp masalah kerja guard ni shift dia 12-24 jam pastu cuti susah tu yg org kita tak berapa minat
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja guard ni ramai ja local yg berminat. Pejabat2 kerajaan spital sana sini org local. Kebanyakannya Melayu  dan India la. Cina pulak boleh kira dgn jari. Deols byk yg suka kerja sendiri.
Yg guard2 import ni byk kat soping kompleks ja.
Yg ai nampak kalau guard lelaki ramai yg muda2. Herlok jugak la sesetengah tu. Yg pompuan byk mak2 org. Anak dare suka kerja promoter kedai2 kat soping komples tu.
So tak yah la import ramai2 sgt. Tawarkan dulu pada local. Ada ja yg nak
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Indons for security job? U gotta be kidding me !!!! Dah lupa kes Ambank ???


https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fclips.mstar.com.my%2Fimages%2Fblob%2F4C74BF02-E89A-450B-87D0-401C6B9FECC6


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 28-11-2021 06:02 PM

pengawal keselamatan warga indon tembak pegawai AmBank...pak munteri dh lupa..atau sb 'xde kena mengena dgn dia' ke???Pengawal keselamatan bangla cuba cabul wanita hamil..hang lupa ka...pengawal keselamatan cabul budak..tak ingat ka???
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg bakal kena kencing?
Agent janji gaji sekian..sekian.
Bila sampai Msia gaji ciput.
Sebab tu guard byk yg tak motivate.
Duduk rumah kongsi cam sardin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Gileeee... patut gov fokus kpd local. Upgrade gaji dan benefit utk attrack local. Sakit hati betul bila menteri semua buat polisi utk poket sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
indon???!!! buat jenayah terus naik tongkang.ai lebih percaya bangla lagi jadi guard.alang alang masukkan dia orang dalam politik sekali...kita pon kekurangan menteri menteri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066659 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list