View: 2069|Reply: 31
|
[Tempatan]
Atlet disekat masuk Malaysia, Israel ancam tindakan undang-undang
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-11-2021 03:01 AM
Persatuan Skuasy Israel (ISA) merancang mengheret Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) ke mahkamah timbang tara sukan jika pemainnya diharamkan menyertai kejohanan besar di Malaysia.
Pengerusi ISA Aviv Bushinsky menyifatkan keputusan Malaysia menolak visa atlet Israel sebagai diskriminasi.
Perkara itu, katanya, akan menjadi asas tindakan undang-undang mereka.
“Menjadi tanggungjawab kami melawan sebarang cubaan untuk mencampuradukkan sukan dengan politik,” dia dipetik sebagai berkata oleh Jerusalem Post.
Bushinsky berkata, negara yang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan sukan perlu membuka pintu kepada peserta tanpa diskriminasi berdasarkan kaum atau politik.
WSF dilaporkan dimaklumkan pada 27 September oleh Persatuan Squash Malaysia (Sram) bahawa atlet Israel tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Kejohnanan Skuasy Berpasukan di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur bermula 7 Disember ini.
Malaysia tidak mengiktiraf Israel. Bagaimanapun, pengeluaran visanya dilihat tidak konsisten.
Pada 2011, Malaysia membenarkan Yossi Benayoun masuk ke negara ini bersama kelabnya Chelsea untuk perlawanan persahabatan dengan negara ini.
Pada 2018, Malaysia membenarkan diplomat Israel menyertai forum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selama seminggu.
https://www.malaysiakini.com/sukan/600637
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi je la in the name of sports. Lagioun dah 2 kali sebelum ni tutup sebelah mata takan la this time tak boleh pula. Ramai je yahudi bukan holder of israeli passport kat malaya ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa Beria sangat yahudi nak masuk malaysia? ari tu youtuber..kenapa ? nak cari istana nabi sulaiman kat malaysia? kot kot jin afrit dah teleport istana tu kat malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 25-11-2021 07:44 PM
kenapa Beria sangat yahudi nak masuk malaysia? ari tu youtuber..kenapa ? nak cari istana nabi sulaim ...
Derang nak korek rahsia Melayu.. nak find out macamana title harga yahudi boleh kalah dgn harga melayu. Lepas tu derang nak tahu gak apa kebendanya agenda yahudi yg duk orang melayu ckp tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh...jenis satu negara yg asyik bunuh orang je....xhormat undang2 a/bangsa....xhormat PBB...xhormat OIC...xhormat negara lain & negara islam...nak dtg sini buat ape...perkara salah tetap salah....org tolol je sokong pembunuh
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu kjohanan tu dibuat di sbh srwk ok kot, sbb sbh srwk ade undang2 imegresen sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Menggelabah punya israel. Tak study dulu la ni,terus je claim malaysia tak kasi rakyat diorg masuk pdhal ade je yg lepas masuk atas urusan rasmi. Ni ntah2 apply kebenaran khas pun belum kot |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia tak iktiraf Israel sebagai sebuah negara. So? so? so? Btw, israel boleh ada berapa kerakyatan ya? Kalau lebih daripad satu, boleh la apply at least warga singaporn. |
|
|
|
|
|
|
|
Cam best lak msia ni sampai deols nak sgt masuk sini. Tu hari ytuber. Bersusah payah gegila. |
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 25-11-2021 07:44 PM
kenapa Beria sangat yahudi nak masuk malaysia? ari tu youtuber..kenapa ? nak cari istana nabi sulaim ...
Sebab molayoo cucu cicit Keturah, so serumpun dgn. Seroel jahudi zionis |
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 25-11-2021 07:44 PM
kenapa Beria sangat yahudi nak masuk malaysia? ari tu youtuber..kenapa ? nak cari istana nabi sulaim ...
Yang Malaysia beria nak jd tuan rumah sukan squash dah kenape pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
WargaMalaysia replied at 25-11-2021 08:53 PM
mana boleh...jenis satu negara yg asyik bunuh orang je....xhormat undang2 a/bangsa....xhormat PBB. ...
Alah u ni relax lah. Dah ramai dah israeli masuk malaysia, cuma tak heboh kat newspaper je. Malaysia pun in terms of business pun banyak je deal with israel cuma not through companies registered in Malaysia. Sometimes you meet some of them here for business, dari nama and accent derang you dah tahu dah derang dari mana.
Lagipun dia nak sue World Squash Federation, biarlah derang deal Malaysia hadap je la result dia nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang dijemput masuk melawat Malaysia pun ada dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada agenda sampingan agaknya.. tu yg beria2 nk msuk
still terkesan dgn kes #koyak aritu ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
Arab Saudi dan negara2 teluk pun dah berpeluk sakan dengan Yahudi Israel. Janganlah kita lebih sudu dari kuah.......bagi saya OK je bagi visa kat ahli sukan Israel. Kita nak emo sangat..... kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
PAS buktikan diri anda rakan kongsi penting kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
Masa Melbourne olympics acara equestrian diadakan di luar OZ sebab kuda mainland tidak dibenarkan masuk.
Mungkin malaysia boleh cuba alasan sama kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sukan saja pun... Ini masa nya malaysian player boleh beat israelis |
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 25-11-2021 07:44 PM
kenapa Beria sangat yahudi nak masuk malaysia? ari tu youtuber..kenapa ? nak cari istana nabi sulaim ...
Diorang nak alami sendiri pengalaman israel koyak tu macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
keane.somewhere replied at 26-11-2021 02:06 AM
Yang Malaysia beria nak jd tuan rumah sukan squash dah kenape pulak?
Ini test case. Kalau team israel menang saman, which i think they will, future world sport events malaysia tak payah lah bid nak jadi host. Team2 luar pun tak payah gedik nak datang buat friendlies. Win-win. |
|
|
|
|
|
|
| |
|