CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 0

[Pahang] 85 kes penyu mati di pesisir pantai Pahang

[Copy link]
Post time 25-11-2021 12:45 PM | Show all posts |Read mode
85 kes penyu mati di pesisir pantai Pahang
NORAWAZNI YUSOF | | 25 November 2021


Abdullah (dua dari kiri) melepaskan anak penyu pada Program Kesedaran Awam Terhadap Kepentingan Pemuliharaan Sumber Marin Pahang 2021 di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating.

KUANTAN - Sebanyak 85 kes penyu jenis agar dan lipas mati, direkodkan oleh Jabatan Perikanan Pahang bagi tempoh dari tahun 2007 hingga Oktober tahun ini.


Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, kematian reptilia itu berlaku di beberapa daerah yang terkenal dengan kawasan pesisir pantai luas seperti Kuantan, Pekan dan Rompin.


"Tahun lalu, tujuh kematian penyu agar direkodkan membabitkan enam di Kuantan dan satu di Pekan.


"Pada tahun ini, sebanyak lima kematian penyu agar direkodkan akibat tersangkut pukat dan terkena kipas bot nelayan. Bangkai reptilia berkenaan ditemui penduduk setempat di pesisir pantai selepas beberapa hari.


"Saya difahamkan antara faktor lain menyebabkan kematian penyu adalah disebabkan termakan plastik di laut," katanya ketika dihubungi pada Khamis.


Abdullah berkata, Jabatan Perikanan Pahang memandang serius kes kematian penyu yang berlaku setiap tahun disebabkan oleh kecuaian pihak tertentu.


Menurutnya, justeru usaha kesedaran akan dilakukan secara berterusan kepada orang ramai bagi memastikan kejadian sama tidak terus berulang.


Ditanya mengenai jumlah pendaratan penyu agar di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Cherating, Abdullah berkata, sebanyak 366 penyu jenis agar telah mendarat di pusat terbabit dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.


Tambah beliau, pendaratan itu menghasilkan sebanyak 30,454 telur penyu dan pihaknya sudah melepaskan 218,612 anak penyu ke laut di sepanjang kawasan PKPP Cherating.


"Diharap penyu terbabit akan datang semula ke sini untuk bertelur apabila mencapai usia matang.


"Jumlah pendaratan penyu tertinggi dalam tempoh 10 tahun dicatat pada 2016, iaitu 592 dengan menghasilkan 53,112 telur dan sebanyak 31,652 berjaya ditetas mengikut jadual.


"Pada 2013 sebanyak 516 pendaratan telah menghasilkan 43,720 telur dan 31,612 ditetaskan," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... sisir-pantai-Pahang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.056236 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list