CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 150|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pesara kerajaan gigih isi masa lapang usahakan tanaman nanas

[Copy link]
Post time 25-11-2021 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Pesara kerajaan gigih isi masa lapang usahakan tanaman nanas
| | 25 November 2021


Idris menunjukkan buah nanas yang ditanam di ladangnya di Pondok Upeh ketika ditemui Bernama, baru-baru ini. - Foto Bernama

BALIK PULAU - Jika sebelum ini hidupnya dikelilingi dengan suasana kekalutan dan hiruk-pikuk di hospital sebagai pembantu perubatan, kini beliau lebih tenang menjalani kehidupan menjadi pengusaha nanas secara kecil-kecilan.


Idris Safie, 75, mengakui kehidupannya kini lebih ceria dan tenang kerana banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menanam nanas pada sebidang tanah berkeluasan dua hektar yang dipajak sejak tiga tahun lepas.


"Selepas saya pencen pada usia 56 tahun, saya sering menghabiskan masa dengan menanam pelbagai jenis sayur antaranya timun, petola dan jagung. Tapi, hasil tanaman itu ada yang untuk makan sendiri ada juga untuk dijual di pasar berdekatan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kebun nanasnya yang terletak di Jalan Pondok Upeh, di sini, semalam.


Duda kepada lima anak perempuan itu memberitahu, kesunyian yang dialami dek kerana kehilangan isteri tercinta sejak empat tahun lepas disebabkan sakit tua sedikit terubat apabila masa yang diluangkan di kebun nanas sepanjang hari akhirnya membuahkan hasil.


"Nanas yang ditanam ini adalah jenis morris. Rasanya manis dan elok dimakan segar. Saya jual secara terus kepada pelanggan yang datang ke gerai (di tepi jalan, Jalan Pondok Upeh).


"Memang seronok apabila kita tengok hasil tanaman menjadi dan ada pelanggan datang nak beli lagi (nanas). Sekurang-kurangnya masa yang ada ini dapat saya luangkan sambil menjana pendapatan, sebab memang minat bercucuk tanam dari dulu lagi," katanya yang turut mendapat bantuan modal daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Pulau Pinang dan juga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


Bekas kakitangan Hospital Balik Pulau itu berkata, buah nanas dijual pada harga antara RM4 hingga RM6 sebiji bergantung kepada saiz.


"Kalau sekali jual, hasil boleh dapat sekitar RM4,000 hingga RM6,000 bagi tempoh empat ke lima bulan. Berapa banyak biji buah nanas yang terhasil tidak dapat saya anggarkan kerana saya hanya jual untuk pendapatan harian sahaja. Kalau ada buah yang sudah masak, saya terus jual (kepada pelanggan)," katanya yang mengusahakan kebun itu seorang diri. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... hakan-tanaman-nanas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.089231 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list