CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 0

Ronaldinho berdepan hukuman penjara

[Copy link]
Post time 25-11-2021 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 25-11-2021 12:29 PM

Ronaldinho berdepan hukuman penjara

November 25, 2021 @ 11:15am



Ronaldinho (tengah) tiba di mahkamah dekat Asuncion bagi perbicaraan pada 6 Mac, 2020 lalu. - AFP



BRASILIA: Bekas bintang Barcelona dan AC Milan, Ronaldinho diberi amaran yang dia mungkin akan kembali ke penjara susulan tuntutan bayaran sara diri oleh bekas kekasihnya.



Laporan di Brazil mengatakan legenda bola sepak 41 tahun itu diarahkan untuk melangsaikan hutangnya dengan Priscilla Coelho menjelang 1 Disember bagi mengelak hartanya dirampas dan kemungkinan hukuman penjara.



"Sekarang ini dia perlu melangsaikannya," kata peguam Priscilla, Bruno Medrado.



Ronaldinho, ditahan dan dipenjarakan di Paraguay tahun lalu selepas memasuki negara itu menggunakan pasport palsu. Dia kini dipercayai berada di Dubai.



Pada Mei 2018, Ronaldinho terpaksa menafikan dakwaan yang dia berkahwin dengan Priscillan dan seorang lagi wanita, Beatriz Sousa serentak.



"Ia satu pembohongan. Semua orang bercakap tentangnya tetapi ia tidak benar. Saya tidak akan berkahwin," kata Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali itu.



Setahun kemudian, Priscilla, yang mula mengenali Ronaldinho ketika dia bermain untuk Atletico Mineiro, menuntut wang daripada bekas kekasihnya itu.



Nilai kekayaan Ronaldinho dianggarkan sekitar 67 juta pound (RM377.8 juta) selepas karier bola sepak yang gemilang dan tajaan oleh jenama terkemuka. - AGENSI


credit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.060378 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list