CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir Kedah kekal 95 orang

[Copy link]
Post time 25-11-2021 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir Kedah kekal 95 orang

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 25, 2021 @ 11:11ambhnews@bh.com.my




Mangsa banjir di negeri ini masih kekal 95 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini, hari ini. - Foto fail NSTP



ALOR SETAR: Mangsa banjir di negeri ini masih kekal 95 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi hari ini.



Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata PPS Sekolah Kebangsaan Gunung di daerah Kota Setar setakat ini masih mencatatkan bilangan seramai 42 mangsa daripada 15 keluarga.



Beliau berkata, dua PPS di daerah Kubang Pasu pula masih tidak berubah iaitu seramai 53 mangsa daripada 12 keluarga.



"PPS Dewan Kampung Lahar di daerah Kubang Pasu masih kekal menempatkan seramai 22 mangsa daripada empat keluarga.



"PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang pula menempatkan 31 mangsa daripada tujuh keluarga," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053032 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list