View: 1979|Reply: 25
|
[Tempatan]
Hukum harus guna android box -pejabat mufti
[Copy link]
|
|
Edited by Xim at 25-11-2021 01:51 PM
Hukum harus guna android box -pejabat mufti
PUTRAJAYA: Hukum membeli dan menggunakan peranti ‘android box’ untuk mendapatkan siaran televisyen adalah harus selagi mana ia tidak akses kepada siaran berbayar dan hak cipta lain.
Itu penjelasan dibuat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-649: Hukum membeli dan menggunakan android box dikeluarkan, hari ini.
PMWP berkata, sekiranya tujuan pembelian dan penggunaan peranti tersebut adalah untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah, maka ia adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.
Menurutnya, android box adalah alat atau peranti yang digunakan untuk membolehkan televisyen mendapat siaran-siaran dari seluruh dunia.
“Tambahan lagi, peranti tersebut dapat membolehkan televisyen menyiarkan perkhidmatan siaran strim (streaming services) lain yang biasanya hanya boleh diakses melalui laptop, komputer, telefon dan peranti pintar yang lain.
“Selain itu, ia juga akan membolehkan pengguna mendapat akses terhadap aplikasi-aplikasi peranti pintar seperti playstore, internet dan lain-lain,” katanya.
Katanya, terdapat dua bentuk siaran yang akan diperoleh melalui penggunaan peranti tersebut iaitu siaran berbayar dan siaran percuma.
Justeru, katanya, tidak timbul sebarang isu syariah bagi kategori siaran percuma kerana ia boleh digunakan oleh semua orang.
Namun, katanya, timbul isu syariah bagi kategori siaran berbayar yang sepatutnya pengguna bayar terlebih dahulu untuk mendapat akses siaran tersebut.
“Terdapat keadaan di mana pengguna peranti tersebut mendapat akses kepada siaran berbayar tanpa melanggannya yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada syarikat penyiaran.
“Justeru, permasalahan ini adalah sama mengambil hak orang lain dengan cara yang batil dan menzalimi syarikat penyiaran serta pihak-pihak berkaitan dengannya,” katanya.
Jelasnya lagi, permasalahan ini juga berkait rapat dengan hak cipta dan lesen penyiaran dimana ia adalah hak yang diiktiraf syarak.
Oleh itu, katanya, tidak boleh untuk seseorang mencerobohi hak tersebut atau menggunakannya dengan cara yang salah seperti mencetak tanpa kebenaran, menggodam atau menggunakannya tanpa membayar atau melanggannya.
“Adapun bagi perbuatan membeli dengan tujuan untuk menonton siaran percuma atau fungsi-fungsi lain yang tidak melibatkan hak pihak lain dan mencerobohi hak-hak mereka, maka pembelian atau penggunaannya adalah diharuskan syarak sekiranya menepati syarat dan rukun jual beli,” katanya. -UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni fatwa ka dalil mengenai adroid box? |
|
|
|
|
|
|
|
betul la dia cakap tu nk tgk rtm ,tv3 boleh la kalau astro haram sebab berbayar sama jugak dgn hak cipta nk pakai kena bayar kalau pakai dh kira mencuri
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu apa mufti tu cakap. Memang dah jelas pun hukum piracy tu. |
|
|
|
|
|
|
|
betul laaa tu...
org lain byr astro...ko tgk free...
ko rase? |
|
|
|
|
|
|
|
Segmen tahukah anda, tahukah anda bahawa fatwa itu bermaksud pendapat, dan orang yang mengeluarkan pendapat dipanggil mufti (kata terbitan daripada fatwa)? |
|
|
|
|
|
|
|
android box ni beli kat mana? aku pakai apple 4k. sama ke function nya |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 25-11-2021 11:24 AM
android box ni beli kat mana? aku pakai apple 4k. sama ke function nya
Lazada dengan shopee tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
“Justeru, permasalahan ini adalah sama mengambil hak orang lain dengan cara yang batil
cuba sound pak menteri lh kalo berani...takat android box bikin kecoh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pakai dua2 so aku bayar la astro tu... umpama aku tgk astro kat ipad melalui Astro Go... sebab nak tarik HDMI cable masuk bilik leceh... |
|
|
|
|
|
|
|
I ada tengok mufti Saudi tegur pasal hiburan yang dah mula dibuka pada rakyat Saudi haritu.. bila dia bagi ayat detail sket, boleh nampak TV bukan sekadar TV tapi contents dalam tu yang jadi masalahnya. Kebanyakan contents import dari creator kapir, yang takde asas Islam ke halal haram ke ape, dan dibuat sedemikian keadaan kandungannya bertujuan untuk buat kita tertarik dan terus menonton. Dok berjam-jam pun depan TV dapat puas time tu je, satu ape pun tak jadi ape. Maybe ni lah maksud nabi kata umatnya terlebih banyak berhibur.. dok saja pun berhibur (on TV). |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ingat ummah kisah ka mufti. Dosa agama melayu ni membuka aurat ja. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 25-11-2021 03:26 AM
Lazada dengan shopee tersenyum sinis
lepas beli barang electric punya susah nak return aku ban shopee dan lajada dalam idop sis. |
|
|
|
|
|
|
|
beg to differ.
aku belikan TV cap ayam untuk kak ipaq entah apa dia godek sampai barai aku click return berdesup LAZADA refund.
|
|
|
|
|
|
|
|
bab ni kerajaan mesti tegas menguat kuasa undang undang haram kan ,denda berapa,penjara berapa lama.tapi bab isap rokok walaupon mufti kata haram pon dia buat bodoh ( kerajaan) .yang seludup je dia kesah |
|
|
|
|
|
|
|
jangan cakap haram ja
bagi sekali hukuman di neraka seperti direbus buah zakar pada suhu tidak kurang 1000 darjah celsius atau sebatan dgn rotan dari api neraka sebanyak seribu sebatan atau kedua2nya. Baru penuh tong sampah kitar semula dgn adroid box. senang untuk bangla tinggal kutip ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
org tnya mufti, dia jawap soalan, tu pun salah ka?
mufti bukan PM. ahli menteri, sultan ke apa ada kuasa nk kuatkuasa, |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya lg bagus mufti buka mulut pasal issue besar yg melibatkan negara seperti rasuah dah sebagainya. Dosa yg memudaratkan umat sejagat lebih bahaya dr dosa peribadi |
|
|
|
|
|
|
| |
|