CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 1

Ajaib masih hidup

[Copy link]
Post time 25-11-2021 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 25-11-2021 09:14 AM

Ajaib masih hidup

Agensi





Moscow: Keajaiban berlaku terhadap seorang wanita di Rusia yang terselamat daripada maut selepas wajahnya ditikam dengan pisau sepanjang 0.25 meter (m).



Daily Star melaporkan insiden mengerikan itu berlaku di wilayah Krasnodar selepas mangsa diserang dengan pisau.



Menurut laporan tempatan, insiden itu berlaku akibat konflik rumah tangga dan mangsa diselamatkan oleh jiran dan paramedik.



Difahamkan, seorang lelaki berusia 64 ditahan susulan insiden itu kerana disyaki melakukan cubaan bunuh.



Pisau itu dapat dikeluarkan dan rawatan perubatan kecemasan diberikan kepada wanita terbabit.



Bagaimanapun, imej X-ray menunjukkan bahawa pisau itu 'tersangkut' di hidung dan muka mangsa.



Ia menyebabkan mangsa berusia 60 tahun terjatuh di jalan sebelum mendapatkan bantuan.



"Sungguh ajaib dia terselamat," kata laporan yang memetik doktor dan pegawai penguat kuasa undang-undang



"Tidak lama selepas wanita itu dimasukkan (ke hospital), dan dihantar ke bilik bedah.



"Pembedahan itu mengambil masa selama 60 minit. Pisau sepanjang 0.25 meter dikeluarkan," kata Jurucakap Kementerian Kesihatan wilayah dalam satu kenyataan.



Doktor mengesahkan kepada media tempatan bahawa walaupun bahagian hidungnya parah, mangsa tidak mengalami kecederaan yang akan mengubah hidupnya.



Jawatankuasa Penyiasatan Rusia (RIC) berkata, insiden berlaku susulan pertengkaran antara pasangan yang berkesudahan dengan suspek menikam mangsa di bahagian muka menggunakan pisau.



MANGSA terselamat meskipun ditikam dengan pisau 0.25 meter. FOTO Agensi

Disiarkan pada: November 25, 2021 @ 7:01am



credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:42 PM | Show all posts
panjang umur dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.076825 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list