CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2459|Reply: 21

[Tempatan] Jenazah Kolonel Hasnol selamat dikebumi di Washington

[Copy link]
Post time 24-11-2021 11:46 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalani kursus di Seattle, Washington, Amerika Syarikat meninggal dunia Ahad lalu.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan berkata, Kolonel Hasnol Hisham Abu Hassan meninggal dunia kira-kira pukul 10.58 malam waktu Seattle, Washington (2.58 petang Ahad waktu Malaysia) di Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle, Washington.

Menurut kenyataan itu, Hasnol Hisham tidak sedarkan diri ketika menghadiri Program ‘Airman to Airman Talks (A2ATs)’ di Camp Murray Seattle, Washington yang bermula 14 sehingga 19 November lalu.

“Pada 16 November lalu, Allahyarham tiba-tiba tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle, Washington bagi menerima rawatan dan menjalani pembedahan segera akibat “acute type of aortic dissection”.

“Namun, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan. Isteri Allahyarham, Rohani Tahir turut berada di sisi suami ketika saat akhir beliau,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, jenazah Allahyarham Hasnol Hisham yang merupakan Pengarah Latih di Markas Tentera Udara-Bahagian Sumber Manusia (Latih) akan dikebumikan dengan istiadat pengebumian tradisi ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Covington, Washington hari. Jelasnya, pengurusan jenazah Allahyarham akan dilaksanakan House of Mercy dan warga muslim Malaysia yang diketuai Kapten Ayub S. Laari, yang turut mengimamkan solat jenazah.

“Bagi urusan pengebumian, pihak Washington Air National Guard melalui Brigedier Jeneral, Gent Welsh telah menawarkan penghormatan untuk memberikan Istiadat Pengebumian Tradisi Ketenteraan kepada Allahyarham dan mengkoordinasi urusan pengebumian dengan dipantau oleh pegawai TUDM.

“Penasihat Pertahanan Malaysia di Amerika Syarikat Brigedier Jeneral, Mohd. Fadzil Mohd Diah telah mengkoordinasi dan berbincang dengan pihak Washington Air National Guard agar urusan pengebumian dilaksanakan mengikut tatacara yang sesuai dan sewajarnya,” ujar kenyataan itu. -K! ONLINE.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2021 11:47 PM | Show all posts
PETALING JAYA – Jenazah Allahyarham Kolonel Hasnol Hisham Abu Hassan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meninggal dunia di Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle pada Sabtu lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Covington, Washington hari ini.

Allahyarham yang merupakan Pengarah Latih Markas Tentera Udara bahagian Sumber Manusia di Seattle, Washington dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun selepas tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Terdahulu, Washington Air National Guard melalui Brigedier Jeneral Gent Welsh telah menawarkan penghormatan dengan melakukan Istiadat Pengebumian Tradisi Ketenteraan kepada Allahyarham dan mengkoordinasi urusan pengebumian dengan dipantau oleh pegawai TUDM yang berada di sana.

Pengurusan jenazah Allahyarham telah dilaksanakan oleh ‘House of Mercy’ dan warga muslim Malaysia yang diketuai oleh Kapten Ayub S. Laari yang turut mengimamkan solat jenazah.

Istiadat pengebumian yang dikoordinasi Washington Air National Guard tersebut juga telah disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Difahamkan, Allahyarham berada di Seattle, Washington kerana menghadiri Program ‘Airman to Airman Talks (A2ATs)’ di Camp Murray Seattle, Washington yang bermula pada 14 hingga 19 November ini.


Pada 16 November lalu, Allahyarham dilapor tiba-tiba tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital St Joseph Medical Center Tacoma bagi menerima rawatan dan menjalani pembedahan segera akibat ‘acute type of aortic dissection’.

Bagaimanapun, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Rohani Tahir di hospital berkenaan. K ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga.. semoga isteri tabah pulang sendirian tanpa suami. dah tertulis ajal dia kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rohnya tenang di sana.

Semoga isterinya tabah menjalani kehidupan tanpa suami
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga. Keluarga dia memilih untuk kebumi kat sana ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 25-11-2021 12:58 AM

Salam takziah. Sunnah nabi kan suruh segerakan pengurusan jenazah. Nak buat,buat. Xbuat pon xdosa. Pilihan depa nk kebumikan arwah kt sana. Arwah Ust. Haron Din dlu pn kebumi kt US. Xdak bwk blk cni pn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2021 01:18 PM | Show all posts
takziah...dh nk pencen pun pegi trainingg lg ye..terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 01:23 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 25-11-2021 01:18 PM
takziah...dh nk pencen pun pegi trainingg lg ye..terbaik

Pegawai kerajaan pencen pd umur 60 thn. Lama lagi tu, ada 10 thn lagi sebelum pencen.

Innalillahiwainnailaihirajiun.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Takziah. Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 01:44 PM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. takziah utk keluarga arwah. tak tua sangat orgnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 02:56 PM | Show all posts
tentera ikut pangkat utk menentukan umur pencen..kalau kol tak pasti tempoh perkhidmatan sepjg pangkat kol tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Di Seattle lah. Washington tu negerinya. Mesti wartawan molayoo ni Washington tu adalah DC
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Semoga isteri arwah tabah, lagi2 jauh dr ank2 & saudara sewaktu ketiadaan arwah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 03:18 PM | Show all posts
takziah utk isteri beliau
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah buat seluruh ahli keluarga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajal x lambat x cepat. Forumer pun sama....hati-hatilah kalau suddenly x sedar
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 05:07 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga...
inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 07:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.557715 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list