CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1547|Reply: 12

[Tempatan] Antunan seksual kini satu jenayah

  [Copy link]
Post time 24-11-2021 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pengantunan seksual atau sexual grooming kini sudah dimasukkan ke dalam Akta Kanak-Kanak sebagai satu kesalahan jenayah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, berdasarkan akta itu pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat.

"Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 telah digubal bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih baik kepada kanak-kanak, melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak, serta mengadakan pencegahan yang berkesan bagi kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

"Kesalahan pengantunan kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai child grooming telah pun dimasukkan ke dalam akta ini dengan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.


"Akta ini di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri," katanya menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Maria bertanya kesediaan kerajaan meminda undang-undang sedia ada untuk menjadikan sexual grooming sebagai satu jenayah di Malaysia.

Menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (BEBAS-Tebrau) mengenai kumpulan kanak-kanak yang terdedah dan langkah yang diambil mengatasinya, Siti Zailah berkata, kes itu membabitkan semua golongan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Katanya, cabaran terbesar menangani isu berkenaan adalah penggunaan media sosial

"Justeru kita mahukan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa. Berdasarkan satu kajian hanya 34.4 peratus daripada ibu bapa yang menggunakan aplikasi kawalan internet.

"Ini bermakna masih ramai yang kurang sedar kesan jenayah ini (sexual grooming) dan tugas ini bukan terletak di bahu kementerian saja tetapi tanggungjawab bersama semua pihak dan masyarakat," katanya.

Disiarkan pada: November 24, 2021 @ 3:58pm




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik pelik bahasa melayu ciptaan dewan bahasa..pengantunan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 25-11-2021 07:45 AM
pelik pelik bahasa melayu ciptaan dewan bahasa..pengantunan?

Kita tunggu perogol bahasa kita, kimk...

Utk Beri sepatah dua kata...

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mclaren at 25-11-2021 07:58 AM

Boleh tak staff DBP ni cuba cipta atau guna bahasa yang tak pelik2 telinga orang2 bukan biasa dengan sastera dengar?

Rimas betullah bahasa2 tinggi ni gunapakai seharian. Macam tak natural dengar.

Macam amang seksual. Kenapa tak guna je gangguan seksual? Ish.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 09:28 AM | Show all posts
so bila nak charge setad2 tahfiz dulu??

tengok ummah kepam busuk meroyan dak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:12 AM | Show all posts
Anta, Antuma, Antum....Antunan...awwwww nyaaah oiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2021 01:24 PM | Show all posts
Sexual grooming, or communicating with a child in a sexual way,


...................................

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 25-11-2021 07:55 AM
Boleh tak staff DBP ni cuba cipta atau guna bahasa yang tak pelik2 telinga orang2 bukan biasa dengan ...

Bahasa xpernah pelik. Tapi penguasaan kita yg lemah sedangkan bahasa melayu xpernah kalah kepada bahasa luar.

Contoh: kita lebih gemar kalau orang gunapakai
"We will touch base on Monday"
Dari
"We will update you on Monday"
Atau
"Monday, Monday, today cannot decide one"

Kemudian, juak2 yg sama berkata: bahasa melayu xbanyak perkataan. Tapi kita xbelajar. Samada yg pro English atau pro Arab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 25-11-2021 07:45 AM
pelik pelik bahasa melayu ciptaan dewan bahasa..pengantunan?

Pelik pelik lar...camana lar Bahasa melayu nak maju...takde prof prof pakat bahasa ke nak tegur dbp nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni pernah baca kat paper sexual grooming diterjemah sebagai dandanan seksual. Itu betul2 direct translation. Now dah tukar jadi antunan seksual pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kes si pondan sangkak babi kimek sapi ilyas grooming bdk kt ig live dlu ape citer eh??senyap teros ker?aman2 jah sapi babi tu ke hulu ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pengantunan..ni kalau kwn chinese tnya maksud pengantunan mau i xblh jwb
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:48 AM | Show all posts
pengantunan seksual....contoh apa ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067110 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list