View: 5724|Reply: 51
|
[Dunia]
Update jenazah dikebumikan esok. Rakyat Malaysia Rozanna meninggal dunia di Korea Selatan
[Copy link]
|
|
Edited by wikedsaikel at 25-11-2021 03:08 PM
Aku tengok di fb kakak arwah yang esok hari pengkebumian. Semoga semuanya berjalan lancar. Aamiin.
……
Aku copy berita ni sebab aku tak jumpa fungsi search kat mobile site ni haaaa
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan koma di Hospital Myongji, Korea Selatan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.46 pagi Rabu (waktu Malaysia).
Pemergian Allahyarham Rozzana yang berusia 35 tahun itu disahkan kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee, 46.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-malaysia-rozanna-mat-nanyan-meninggal-dunia-di-korea-selatan-332628
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/781094/saya-ampunkan-dosa-halalkan-susu-makan-minumnya-ibu-rozanna
Semoga arwah dicucuri rahmat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2021 06:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
In case ada yang dah lupa kisah dia
https://www.kosmo.com.my/2021/10/13/adik-sakit-tolong-kami-bawa-pulang/
Mobile site takde fungsi search ke |
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat arwah dibawa pulang utk sambung rawatan di malaysia
takziah untuk keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia Rozzana Mat Nanyan yang koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Myongji, Korea Selatan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi (waktu Malaysia).
Perkara itu disahkan kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee, 46, yang kini berada di negara berkenaan.
"Bismillah. Perjuangan Rozzana berakhir jam 10.46:35 (waktu Korea Selatan) 9.46:35 (waktu Malaysia)
24/11/2021," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Nur Diana berkata, jenazah Rozzana, 35, akan dikebumikan di Korea Selatan, namun tidak dinyatakan lokasi pengebumian.
Terdahulu, dalam mesej WhatsApp kepada wartawan pada 2.30 pagi, Nur Diana memaklumkan dia dihubungi pihak hospital yang memintanya hadir ke hospital.
Pada 10 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan kebimbangan Nur Diana mengenai keadaan Rozzana selepas adiknya itu dimasukkan ke Hospital Myongji akibat serangan asma.
Rozzana yang bekerja di kilang pembuatan buku dan kalendar di Incheon tidak sedarkan diri sejak 2 Oktober iaitu hari pertama dimasukkan ke hospital kerana ditidurkan bagi mengelak diserang sawan.
Susulan laporan itu, Kedutaan Malaysia di Seoul memaklumkan akan berusaha menyampaikan bantuan konsular kepada Rozzana, manakala Nur Diana berlepas ke negara berkenaan pada 21 Oktober lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengurus Rozzana.
Dia bagaimanapun tidak bertemu terus dengan adiknya kerana dikehendaki menjalani kuarantin selama 10 hari terlebih dahulu di sebuah hotel dekat Seoul.
Turut dilapor rayuan bantuan oleh Nur Diana kepada rakyat Malaysia termasuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantunya sekeluarga membawa pulang Rozzana.
Rayuan itu mendapat perhatian usahawan pakaian dan kasut Muhammad Nor Khuzaifah Zohari, 32, yang mengadakan jualan amal di FB pada 13 November lalu dan turut disertai 30 peniaga pakaian dan kasut terpakai yang menetap di Korea Selatan.
Hasil jualan amal dan sumbangan pengikut usahawan itu mengumpul hampir RM112,000.
sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2021 07:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Xim replied at 24-11-2021 06:40 PM
Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia Rozzana Mat Nanyan yang koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Myong ...
Thank you sebab ajar macam mana nak search. Ingat tadi nak sambung kat benang lama.
Sedih laaaaa
Kalau jadi pada famili sendiri tak tahu lah.
Dah la tgh covid. |
|
|
|
|
|
|
|
wikedsaikel replied at 24-11-2021 07:36 PM
Thank you sebab ajar macam mana nak search. Ingat tadi nak sambung kat benang lama.
Sedih laaaaa
K ...
Oh its okay. Better bukak thread baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 24-11-2021 07:11 PM
ape jd dgn duit tu ye..
Bayar kos perubatan kat sana la kot. Kdg2 insurans pun ada limit brape boleh cover |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat family arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah dan salam takziah buat keluarga arwah.
tak sempat nak blk malaysia. semoga urusan pengebumian di sana berjalan lancar |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2021 09:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aku search nama kakak dia kat facebook tapi tak jumpa lg. Nak korek benang lama lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun.. kesian muda lg |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2021 09:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
syamzana replied at 24-11-2021 09:00 PM
Innalillah dan salam takziah buat keluarga arwah.
tak sempat nak blk malaysia. semoga urusan pengebu ...
Aku doakan supaya boleh bawa balik sini. Tapi sebab pandemik ni mcm susah.
Aku tak google lagi kubur islam di korea. Kalau yg di jepun aku pernah dengar tak banyak. Your biody may have to travel banyak kilometer. Jika mati sana la. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2021 09:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by wikedsaikel at 24-11-2021 09:33 PM
Ni petikan barita dari Harian Metro “ "Buat apa bawa balik ke sini, tak baik kita seksa mayatnya kerana sudah lebih sebulan dia bertarung nyawa.” |
|
|
|
|
|
|
|
Dia yg minta bantuan tmj itu hari kan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2021 09:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Timortimur replied at 24-11-2021 09:22 PM
Dia yg minta bantuan tmj itu hari kan
Ya. Dah jumpa dah facebook kakak dia. Dian Diana. Aku sebak pula ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|