CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1765|Reply: 23

[Tempatan] Warga asing jadi tauke padi, beras

[Copy link]
Post time 24-11-2021 01:44 PM | Show all posts |Read mode



Warga asing jadi tauke padi, beras
November 24, 2021 @ 12:00pm

Kuala Lumpur: Sebelum ini kehadiran mereka hanya untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembuatan.

Namun, tiada siapa menyangka warga asing terutama Bangladesh dan etnik Rohingya kini mampu bergelar 'tauke' dalam sektor padi dan beras di tujuh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu.

Bermula dengan berkecimpung di dalam penanaman sayur seperti di Cameron Highlands, 'abang Bangla dan Rohingya' mula 'menguasai' jelapang padi negara dengan ada yang menjalani hidup mewah hasil aktiviti agronomi.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Azman Mahmood berkata, setakat ini pihaknya mengesan lebih 200 'petani import' didapati mengusahakan penanaman padi di negara ini.

Katanya, rekod mendapati jumlah warga asing yang bekerja sebagai pesawah paling ramai adalah di IADA Barat Laut, Selangor seramai 116 orang, Perak dan Pulau Pinang (34 orang), Rompin (15), Seberang Perak (8), Rompin (5) dan Ketara (Besut, Terengganu) seramai dua orang.



"Mereka ini terbabit dalam amalan agronomi termasuk aktiviti menuai, tapak semaian dan mekanisasi.

"Ada yang bermula dengan mengambil upah menabur benih, membaja dan meracun di mana mereka ini tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat atau agensi, malah bebas melakukan apa-apa perkhidmatan.

"Ia adalah satu senario tidak sihat kepada pekerja tempatan kerana dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tidak mustahil mereka akan menguasai sepenuhnya sawah padi kita," katanya.

Azman berkata, mereka dipercayai masuk ke negara ini untuk melakukan pekerjaan di sektor lain sebelum ini, namun memilih berkecimpung di dalam industri padi dan beras disebabkan beberapa faktor.

Katanya, sebelum ini memang terdapat pemilik yang tidak mengusahakan sawah mengupah orang lain untuk penanaman, meracun dan sebagainya setiap kali musim padi, namun pembabitan warga Bangladesh dan etnik Rohingya kini seperti menjadi satu trend.

"Kita bimbang suatu hari nanti, mereka akan menjadi tauke sepenuhnya di dalam industri (padi dan beras negara) sedangkan ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Mafi dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan petani dengan pelbagai inisiatif terkini seperti pengenalan Smart Sawah Berskala Besar (SBB) dan pelbagai lagi.

"Di satu sudut lain, kita juga menumpukan kepada pengawalan jualan benih padi sah bagi memastikan kualiti benih untuk hasil yang optimum.

"Tetapi jika ini (kehadiran pesawah warga asing) tidak dibendung, sudah pasti petani tempatan tidak akan mendapat manfaat sewajarnya dan lama-kelamaan mereka pula memonopoli industri padi secara perlahan-lahan," katanya.



Azman berkata, maklumat setakat ini mendapati, warga asing berkenaan menyewa sawah terbabit pada harga RM6,000 sehektar, melebihi apa yang ditawarkan petani tempatan.

Menurutnya, hasil tanaman akan dijual kepada kilang menggunakan nama petani, namun hakikatnya ia adalah milik warga asing terbabit.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi pekerja asing yang aktif di dalam industri terbabit berdasarkan senario semasa.

"Justeru kita akan berbincang dengan beberapa pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini demi masa depan industri padi dan beras negara yang lebih baik.

"Insya-Allah, saya yakin dengan pengenalan Smart SBB, ia boleh menjadi satu kaedah penyelesaian kepada banyak isu termasuk benih padi, industri hiliran, bekalan beras dan sudah tentu memberi pulangan maksimum kepada petani.

"Kita akan bawa isu ini kepada pihak berwajib yang terbabit seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menyiasat dokumen perjalanan atau permit yang digunakan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2021 01:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 24-11-2021 01:51 PM

Imigresen...tolong buat kerja yg DIAMANAHKAN.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 02:33 PM | Show all posts
kat mana2 pun kut rajin mmg tak berlapar... acer pi kampung2, try offer org kampung jaga sawit.. 1/2 hari pum blom tentu deme larat... tak masuk yg sedo2 bukan setakat sawit ilang, abes dgn pekakas2 pun deme curi jual... buat modal beli dadih..

lagpn jawapan dah ada, apa nak bising? org kita lagi selesa pajak, tapaya usaha.. goyang kaki kedai kupi pun masyuk.. hat warge mude sket, mendadih... atau yg dah belajo masuk U, nak ke kerjakan sawah kat kampung?

"Azman berkata, maklumat setakat ini mendapati, warga asing berkenaan menyewa sawah terbabit pada harga RM6,000 sehektar, melebihi apa yang ditawarkan petani tempatan."
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab duit kopi diorg ni selamat menjalan kebun di ceruk2 kampung. Diorg banyak bayar duit keselamatan. Kepada siapa? Kepada sesiapa yg nak kena pecat sebab aku report lepas ni

Ada sorang bangla tu tiap2 musim terung buat RM40k, pastu dalam pergelutan dia terbunuh partner bangla jugak. Sekarang sudah lari balik negera
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 02:44 PM | Show all posts
tanam padi banyak dapat sabsidi...sapa sapu sabsidi tersebut???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut bukan jadi bos je..dorg ni mgkin proksi..biasa bos besar tu bangsa lain.. serupa cm kt lowyat..msing2 puji Pakistan,Bangla pandai cari duit bukak kedai..padahal bos bsr dorg org cina..ramai tk tau.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 02:58 PM | Show all posts
dah melayu malas, jgn marah mat indon dan bangla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 03:58 PM | Show all posts
kepada yang manjang tak puas hati dgn mat indon bangla yang berjaya ni apa kata ko migrate ke indon atau bangla lepas tu datang balik sebagai pekerja asing.

siapa tahu that will make you happy.


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
biar la...nanti dia orang + anak jadi melayu jugak.tengok ic nelopa & adik beradik.tulis melayu ke pakistan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 04:03 PM | Show all posts
legally benda ni tak salah sebab tanah tu masih atas nama warganegara, tp yg mengusahakan tu warga asing.  yg menjadi masalah bila warga asing jadi player yg menentukan harga di pasaran.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 05:03 PM | Show all posts
melayu kan suka jadi bos...dh terbukti bohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
M3mang pn tk nafi
Emm org kita dh malas
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 05:57 PM | Show all posts
Kenapa nak komplin dan irihati?

Jadilah seperti dia orang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 24-11-2021 01:51 PM

Kenapa xmajukan negara sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 09:04 PM | Show all posts
yang kuat akan kalahkan yg lemah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 09:05 PM | Show all posts
angelofish replied at 24-11-2021 04:03 PM
biar la...nanti dia orang + anak jadi melayu jugak.tengok ic nelopa & adik beradik.tulis melayu ke p ...

pakistan+melayu = pakyu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by keane.somewhere at 25-11-2021 01:33 AM
annehuda replied at 24-11-2021 04:03 PM
legally benda ni tak salah sebab tanah tu masih atas nama warganegara, tp yg mengusahakan tu warga a ...


Memang Salah kalau tanah Rizab Melayu diusahakan Non Malay...tapi Pejabat Tanah xda la nak check setahap itu...law dicipta oleh British yg melaksana Melayu...jadikla Punde*

Btw lesen tu lesen Ali baba...dah Lama istilah ni wujud
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by keane.somewhere at 25-11-2021 01:39 AM

Kalau di Jepun tanah2 pusaka persendirian ni akan disewa oleh Syarikat Perladangan Swasta sepatutnya PTG kena tetapkan harga fix untuk sewaan semasa tanah dan sawah..Dan sewaan perlu didaftarkan di Pejabat Tanah...harga sewaan tak boleh la ikut harga semasa padi...PTG yg kena tentukan

Tapi Pejabat Tanah x buat keje.



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah law Faraid dari Arab bertembung dengan Hukum Kanun Tanah Negara yg datang dari Britain.

PTG kena lah main peranan cari fix solution untuk masalah Tanah pusaka org Melayu, geran Tanah org Melayu cacamarba
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.085196 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list