CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 192|Reply: 2

[Perlis] Mokti’s Ice Cream sasar 80 premis baharu tahun ini

[Copy link]
Post time 24-11-2021 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-11-2021 03:09 PM


Outlet Mokti's Signature Langkawi mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan pada hari pertama pembukaannya pada 30 Oktober lalu.

KANGAR - Walaupun baru setahun lebih dalam dunia perniagaan aiskrim, namun jenama Mokti’s Ice Cream Gula Apong telah mempunyai 52 cawangan di seluruh negara tidak termasuk Outlet Mokti’s Signature di Langkawi.

Pengasas Mokti’s Ice Cream Gula Apong, Siti Fatimah Adnan, 30 berkata, dia tidak menyangka perniagaannya yang bermula dengan sebuah kedai kecil di Jejawi akhirnya berada di semua negeri di Malaysia.

Katanya, melihat perkembangan positif berkenaan dia menyasarkan 80 cawangan aiskrimnya dibuka menjelang hujung tahun ini.

“Sekarang ini pun ada beberapa cawangan yang sudah ada pemilik hanya menunggu masa sesuai untuk dibuka sahaja,” kata nya kepada Sinar Harian.Menurutnya, perniagaan aiskrim itu bermula ketika dia pulang ke Perlis selepas dua tahun menetap di Bintulu, Sarawak kerana mengikut suaminya, Pengiran Muhammad Adil Awang Iskanderndzulkarnein, 32, bekerja.

“ Semasa di Sarawak, aiskrim gula apong ini memang kegemaran saya, tetapi sejak pulang ke sini saya tak jumpa peniaga yang jual aiskrim yang sama.

“ Kemudian pada 2019 saya mengikuti kursus asas pembuatan aiskrim, bermula dari situ saya terfikir untuk menjalankan perniagaan ini walaupun sedar kosnya agak tinggi kerana gula apong hanya boleh didapati di Sarawak,” katanya yang merupakan seorang suri rumah sebelum ini.

Katanya, bertitik tolak dari situ, dia kemudian melakukan beberapa kajian dan percubaan untuk menghasilkan aiskrim gula apong keluarannya.

“ Alhamdulillah, setelah berpuas hati dengan hasilnya saya nekad membuka kedai pertama di Jejawi dengan menawarkan menu soft serve apong asli pada September 2020.

“ Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, baik kanak-kanak mahupun warga emas, aiskrim Mokti’s ini sesuai untuk dinikmati bersama,” katanya.

Setakat ini perisa Mixed Pandan Apong yang berharga RM13 adalah menu paling digemari pelanggan dan terlaris di mana- mana cawangan sekalipun.

“Menu gabung satu cawan iaitu pandan apong dan gula apong original, bila digandingkan ia lebih sedap,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... is-baharu-tahun-ini
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 03:10 PM | Show all posts
matt, zura edit tajuk. panjang sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 03:50 PM | Show all posts
sedap ke? tak pernah try lagi tapi selalu laa nampak iklannyaa kt fb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:42 PM GMT+8 , Processed in 4.310753 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list